Siakap Keli

(Video) Reaksi Kucing Ini Selepas Bau Makanan Masam Jadi Perhatian

Saat yang mencuit hati apabila seekor kucing membuat reaksi wajah tersedak setelah menghidu makanan yang paling tidak digemarinya.

Belyash, kucing dari Moscow, tidak tahan dengan krim diberikan kepadanya masam, menurut pemiliknya. Dalam sebuah video berdurasi enam saat, menunjukkan Moggy kucing berwarna putih sedang duduk diatas selimut bercorak, pemiliknya meletakkan bekas makanan terbuka di hadapannya.

Ekspresi kucing itu kelihatan seperti tidak sabar ketika bekas makanan itu dibawa ke arahnya. Namun, rasa ingin tahu yang semula jadi tidak bermakna sesuatu yang baik untuknya.

Hampir sejurus selepas menghidu krim masam tersebut, kucing itu mengendur, matanya menonjol dan lidahnya keluar dari mulut. Reaksi yang dipamerkan oleh kucing tersebut telah menarik perhatian rata-rata warganet.

Menurut Daily Mail, kucing tidak suka laktosa dan hanya dapat menahan sebilangan kecil produk tenusu, termasuk krim masam dan susu, walaupun animasi kartun sering menggambarkan kucing diberi makan semangkuk susu.

Sekiranya kucing mengambil terlalu banyak susu boleh menyebabkan penyakit dan cirit-birit tetapi sesetengah kucing sangat menyukai krim masam, dan menikmatinya dalam jumlah kecil sebagai makanan ringan.

Sumber : Dailymail

Aziezzan