Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Cekal Cari Rezeki, Lelaki Kembali Ke Tempat Kerja Selepas 3 Hari Kepala Tertusuk Pisau

Seorang lelaki mempunyai pisau yang tersangkut pada bahagian kepalanya telah kembali bekerja hanya tiga hari selepas penderitaan itu.

Christopher Harker atau dikenali sebagai Haka, 38 dilihat dalam video dengan pisau yang melekat di kepalanya.

Video itu membuatkan para penonton terkejut dan menimbulkan tanda tanya adakah lelaki dari Cape Town itu selamat.

Akan tetapi bukan hanya dia berjaya bertahan dari peristiwa ngeri itu malah dia kembali bekerja setelah 3 hari terbabit dalam kejadian tersebut.

“Seorang lelaki keluar dari entah dari mana, saya merasa terkena sesuatu dan mula mengejarnya, lalu saya menyedari bahawa saya ada pisau yang tersangkut di sebelah kanan kepala saya,” katanya kepada The Daily Voice.

“Saya menyedari bahawa saya mungkin akan membahayakan diri sendiri. Saya cuba untuk mengeluarkan pisau tersebut tetapi ramai suruh saya menunggu ambulans sampai,” katanya.

“Saya duduk dan menunggu ambulans tiba. Ketika mereka tiba, saya masuk ke dalam kenderaan sendiri dan masih dapat menghubungi keluarga saya untuk memberitahu mereka bahawa saya dalam perjalanan ke hospital.”

“Saya masuk ke hospital sendiri dan orang-orang melihat saya dengan terkejut.”

Disebabkan peristiwa itu, dia telah menerima empat jahitan pada luka dan kini mengambil dua ubat penahan sakit sehari.

Gambar via Daily Star

Namun yang lebih mengejutkan lagi, dia pernah terselamat dari kematian beberapa tahun yang lalu.

“Tiga tahun yang lalu, saya ditembak tujuh kali dan saya diberitahu bahawa saya dinyatakan mati di tempat kejadian. Keluarga saya melihat saya dengan kain putih yang menutupi badan saya,” katanya.

“Saya terbaring dalam hujan di jalan. Saya kemudian bangun dan berjalan ke rumah yang paling hampir dengan saya.”

“Ambulans tiba dan membawa saya ke hospital.”

Jurucakap SAPS Kapten FC van Wyk berkata, pihak polis kini masih menyiasat kejadian tersebut.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia