Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Marshall Lancarkan Milton A.N.C, Fon Kepala On-Ear Terbaharunya

MARSHALL

Marshall Lancarkan Milton A.N.C, Fon Kepala On-Ear Terbaharunya

Marshall memperkenalkan Milton A.N.C., fon kepala on-ear tanpa wayar baharu yang menggabungkan reka bentuk mudah alih dengan prestasi yang tahan lama. Dengan sehingga 50 jam penggunaan bersama teknologi pembatalan hingar aktif, dan sehingga 80 jam tanpa ANC, Milton A.N.C. direka untuk menemani pengguna sepanjang perjalanan harian, sama ada ketika berulang-alik ke tempat kerja mahupun menikmati hiburan tanpa gangguan.

Direka dengan fokus terhadap mobiliti, Milton A.N.C. hadir dengan binaan tahan lasak dan reka bentuk boleh lipat yang mudah disimpan tanpa menjejaskan bentuk asalnya.

Kusyen telinga berasaskan memory foam pula memberikan keselesaan optimum untuk sesi pendengaran yang lebih lama. Penutup telinga berbentuk segi empat yang diperbuat daripada TPU dengan kemasan bertekstur kulit, dipadankan dengan logo logam tembaga serta lengan logam bersalut kemasan premium. Setiap perincian direka untuk menyerlahkan estetika premium yang sinonim dengan identiti ikonik Marshall.

Milton A.N.C. bukan sekadar menyerlah dari segi reka bentuk, tapi juga turut dilengkapi pelbagai ciri pintar yang meningkatkan pengalaman audio tanpa gangguan. Teknologi A.N.C generasi baharu mampu menganalisis persekitaran secara masa nyata dan melaraskan tahap pembatalan bunyi secara automatik. Hasilnya, pengguna dapat menikmati muzik, menonton filem atau menjawab panggilan dengan lebih fokus tanpa gangguan bunyi di sekeliling.

Apabila memerlukan kepekaan terhadap keadaan sekeliling, pengguna hanya perlu mengaktifkan mod Transparency untuk membolehkan bunyi persekitaran didengari dengan jelas tanpa perlu menanggalkan fon kepala.

“Milton A.N.C. membawa beberapa pembaharuan yang ketara berbanding fon kepala on-ear Marshall yang lain. Kusyen telinga yang lebih besar dan lembut memberikan keselesaan yang lebih baik serta membantu mengurangkan gangguan bunyi dari luar. Pada masa yang sama, sistem pemacu audio baru menghasilkan bunyi yang lebih kaya dan terperinci, manakala enam mikrofon yang disepadukan menyokong prestasi ANC dan kualiti panggilan yang lebih baik,” kata Nicolas Pignier Delafontaine, Pengurus Kanan Audio & Akustik di Marshall Group.

Milton A.N.C. turut dilengkapi dengan Adaptive Loudness yang melaraskan tonaliti audio secara automatik mengikut tahap kelantangan dan persekitaran pengguna, memastikan pengalaman mendengar yang konsisten dan berkualiti pada setiap masa. Pengguna juga boleh mengaktifkan Soundstage melalui aplikasi Marshall untuk menikmati pengalaman audio yang lebih luas dan imersif. 

Dibangunkan dengan penekanan terhadap ketahanan jangka panjang, Milton A.N.C. dilengkapi teknologi terkini termasuk Bluetooth 6.0 dengan LE Audio, sokongan codec SBC, AAC, LC3 dan LDAC, serta reka bentuk yang membolehkan baterinya diganti bagi memanjangkan jangka hayat produk.

“Milton A.N.C. direka untuk mereka yang mahukan gabungan prestasi premium, ketahanan dan kemudahan mobiliti dalam satu peranti. Dengan ANC adaptif, reka bentuk on-ear yang mudah dibawa serta sehingga 80 jam hayat bateri, ia menawarkan pengalaman mendengar yang lebih selesa dan praktikal untuk kegunaan harian,” kata Evelina Lindström, Pengurus Produk di Marshall Group.

Milton A.N.C. kini boleh didapati pada harga RM1,049 menerusi Kedai Rasmi Marshall di Shopee dan Lazada, serta di rangkaian peruncit terpilih di seluruh negara seperti Harvey Norman, Thunder Match, CG Computers, Urflash Gadgets, ALL IT Hypermarket, SNS Network, EWT Technology, PC Image, dan Sprint Cass. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini daripada ASH Asia Malaysia, ikuti saluran media sosial rasmi Marshall di link ini.