Siakap Keli
Gambar: Polis Kedah

(Video) Kongsi ‘Rezeki’ Malam Bersama Kucing, Netizen Banjiri Komen Dengan Doa Dan Pujian Kepada ‘Frontliner’ Ini

Pasti ramai diantara kita yang pernah mempunyai pengalaman apabila menjamu selera di kedai-kedai makan didatangi kucing yang sedang kelaparan. Timbul juga rasa kasihan menyebabkan ada yang ‘menyumbang’ sedikit makanan kepada makhluk Allah itu.

Seperti satu video yang dikongsikan menerusi akaun Facebook Polis Kedah ini, tindakan seorang anggota polis bernama Koperal Nora Binti Bakar yang berkongsikan makanan dengan seekor kucing ketika sedang bertugas di SJR telah mendapat perhatian daripada warganet.

Kucing tersebut dilihat sangat kelaparan apabila tidak mengendahkan langsung manusia yang berada di sekelilingnya itu ketika menjamah sebungkus mihun goreng.

Anggota polis berkenaan hanya membiarkan sahaja kucing tersebut menjamah makanan beliau.

Video yang berdurasi selama 20 saat itu telah mendapat perhatian daripada warganet.

Warganet yang menonton video tersebut turut tidak ketinggalan untuk membanjiri ruangan komen dengan doa kepada anggota polis terbabit.

Sumber: Polis Kedah

Aqmal Ezany

I write what is right