Siakap Keli
Gambar: @auto.parts.laboratory

(Video) Mungkin Ada Yang Belum Mahir, Ini Teknik Mudah ‘Reverse Parking’ Sempurna, Masuk ‘Ngam-ngam’ Dalam Kotak

Parkir kereta sememangnya bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan semua orang.

Untuk memarkir kereta ini bukan boleh main langgar sahaja. Ini kerana, parkir kereta memerlukan cara serta teknik yang betul supaya kereta anda itu boleh terduduk dalam kotak parkir dengan kemas.

Mungkin ramai sudah mengetahuinya ekoran telah belajar di sekolah memandu, namun bagi yang masih berasa risau atau takut-takut untuk parkir kereta secara mengundur, ini kami kongsikan panduannya.

Satu akaun TikTok bernama @auto.parts.laboratory ini ada berkongsikan satu video berkenaan cara-cara parkir kereta secara mengundur.

Jelas kelihatan sekali terdapat beberapa teknik yang ditekankan dalam video tersebut. Antaranya ialah memastikan cermin sisi anda selari dengan garisan parkir terlebih dahulu dan pusingan yang perlu dibuat pada steering. 

Jadi, untuk anda belajar dengan lebih jelas dengan teknik yang ditunjukkan itu, ikuti video tersebut seperti berikut:

@auto.parts.laboratory

#cartiktok #4u #tutorial #PepsiApplePieChallenge

♬ FEEL THE GROOVE – Queens Road, Fabian Graetz

Sumber: @auto.parts.laboratory

Aqmal Ezany

I write what is right