Siakap Keli
Kredit gambar: Ustaz Ebit Lew

“Insya-Allah, Kos Penginapan Saya Tanggung”, Ustaz Ebit Sediakan Hotel Percuma Untuk Waris Pesakit Jalani Rawatan Di IJN & HKL

Pendakwah dan dermawan disegani, Ustaz Ebit Lew hari ini sekali lagi menabur bakti buat masyarakat yang memerlukan.

Jelasnya, kali ini beliau menawarkan bantuan penginapan hotel secara percuma bagi mereka yang datang ke ibu kota atas tujuan perubatan.

“Pohon doakan ya penginapan kasih umat secara percuma pada waris pesakit yang datang ke KL untuk dapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Yang benar-benar memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Bagi yang memerlukan penginapan percuma atas tujuan tersebut, mereka boleh menghubungi pihak berkenaan di talian 011-7077 2380.

“Insya-Allah kos penginapan saya akan tanggung.

“Terima kasih Premiera Hotel yang sangat baik dan memudahkan urusan dan impian saya. Cantik dan sangat selesa. Empat bintang. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya lagi.

Kredit gambar: Ustaz Ebit Lew
Kredit gambar: Ustaz Ebit Lew
Kredit gambar: Ustaz Ebit Lew
Kredit gambar: Ustaz Ebit Lew

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'