Siakap Keli

(Video) Sayu, Remaja & Ibunya Terpaksa Jual Ayam Peliharaan, Perlukan Wang Beli Telefon Untuk Kelas ‘Online’

Keadaan COVID-19 yang masih belum reda membuatkan hampir semua sektor terpaksa ‘berubah cara’ operasinya, termasuklah institusi pendidikan.

Secara umumnya yang kita tahu, kebanyakan sesi pembelajaran dan pengajian kini sudah dijalankan secara atas talian atau ‘online class’ yang menggunakan komputer riba mahupun telefon pintar.

Bagi yang berkemampuan, sudah tentu tidak ada masalah kerana kedua-dua peralatan berkenaan memang sudah lama dimiliki, namun tidak pula bagi mereka yang sebaliknya.

Ada yang meminjam telefon kawan, ada yang berjalan kaki ke kafe siber untuk menggunakan komputer dan internet di sana, malah ada yang terpaksa bergolok-gadai demi mendapatkan wang untuk membeli alat tersebut.

Bebanan pahit ini benar-benar dirasai oleh seorang remaja dari Indonesia ini yang mendakwa dia dan ibunya terpaksa menjual ayam ternakan mereka hanya semata-mata mahu mendapatkan wang untuk membeli telefon pintar.

Bukan untuk bergaya, jauh lagi bersuka ria, tapi telefon pintar itu mahu dibeli demi kelas online sahaja.

@brendsyee

#fyp #foryou #foryoupage

♬ follow my ig domborlaza – Dom Borlaza

Sumber: Tiktok

Jom tengok video ini di Youtube Siakap Keli dan jangan lupa subscribe ya.

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'