Siakap Keli

(Video) Budak 10 Tahun Dilapor Buta, Berterusan Mengadap Telefon Kerana Kelas Online Didakwa Jadi Punca

Seorang kanak-kanak dari Desa Bori Matangkasa, Gowa, Indonesia dilaporkan buta gara-gara didakwa mengadap skrin telefon pintar secara berterusan.

Ririn Indrianti Amran, 10, dikatakan mula mengalami gangguan pada penglihatannya ketika sedang leka bermain dengan kawan-kawannya di sekitar rumah.

“Kebetulan di sana tempat dia bermain, ada juga abangnya, baru dia (Ririn) mengadu kepalanya sakit dan disuruh pulang.

“Tiba sahaja di rumah, Ririn mulai berehat dan tidur di biliknya. Keesokan hari, Ririn mengadu dia tidak boleh melihat apa-apa pada mata belah kiri.

“Pada awalnya belah kiri yang gagal melihat, sebelum ia ‘berjangkit’ ke mata kanan,” jelas neneknya, Sataria Daeng Nganne, 46, memetik laporan Fajar.

Keadaan ‘misteri’ itu menimbulkan kerisauan seluruh ahli keluarganya, memandangkan Ririn masih terlalu muda untuk menghidapi masalah kehilangan penglihatan.

Bagaimanapun, jelas Sataria, doktor mengatakan bahawa kerosakan pada mata kirinya lebih teruk berbanding kanan.

“Ia mungkin kerana radiasi telefon pintar ketika dia belajar di kelas online, bermula jam lapan pagi sehingga 12 tengah hari.

“Dia menghadapnya secara berterusan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Sataria turut mendakwa, cucunya itu terpaksa sentiasa dipimpin setiap kali bergerak untuk melakukan aktiviti harian, termasuklah di dalam tandas.

“Kami khuatir, kebutaan yang dialaminya itu boleh mengakibatkan sesuatu yang buruk bakal terjadi di dalam bilik air,” katanya.

Sumber: Fajar, Instagram

Jom tengok video ini di Youtube Siakap Keli dan jangan lupa subscribe ya.

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'