Siakap Keli

Zlatan Tanya FIFA EA Sport, Siapa Benarkan Guna Nama Dan Mukanya Dalam ‘Game’ FIFA ?

Sebut sahaja nama Zlatan Ibrahimovic, semua peminat bola sepak dunia sudah mengenali figura dari Sweden ini yang terkenal dengan sikap tegas dengan pendiriannya dalam berkata-kata.

Terkini dalam ciapan terbaharu di laman Twitter beliau, Zlatan mempersoalkan kepada FIFA EA Sport yang menjadi pembangun permainan video bola sepak terkemuka di dunia. Zlatan bertanya, siapa yang memberi kebenaran kepada FIFA EA Sport untuk menggunakan nama dan mukanya.

Tambah Zlatan lagi, “Saya tidak tahu yang saya dah jadi ahli kepada Fifpro dan agak pelik jika saya diletakkan di situ tanpa pengetahuan saya sendiri.”

“Yang pasti, saya tak pernah benarkan FIFA atau Fifpro untuk membuat duit menggunakan saya.”

“Ada orang yang telah membuat keuntungan di atas nama dan muka saya tanpa apa-apa perjanjian selama ini. Masa untuk siasat,” tambah beliau lagi.

Zlatan Ibrahimovic ketika ini beraksi untuk pasukan AC Milan di Liga utama Itali, Serie A dan sebelum ini pernah menyarung jersi pasukan-pasukan terkemuka eropah seperti Barcelona, PSG dan Manchester United.

Sumber: Zlatan Ibrahimovic

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)