Siakap Keli
Gambar via Reuters

Ahli Politik Sri Lanka Buat “Live“ Makan Ikan Mentah, Dakwa Nak Buktikan Ikan Tak Boleh Sebar COVID-19

Seorang ahli politik di Sri Lanka sanggup makan ikan mentah semasa sidang media bagi membuktikan bahawa ia tidak akan membawa risiko jangkitan COVID-19.

Dilip Wedaarachci, 63, menggigit ikan bersaiz sederhana di sidang media untuk mendorong peningkatan jualan ikan semasa pandemik COVID-19 yang melanda.

Hal ini dikatakan, puluhan ribu tan ikan tidak berjaya dijual setelah Pasar Besar Ikan Marker diarahkan tutup berikutan wabak hingga menjejaskan peniaga ikan serta harga ikan jatuh merosot.

“Saya membawa ikan ini untuk ditunjukkan kepada anda. Saya merayu kepada orang ramai untuk makan ikan. Jangan takut, anda tidak akan dijangkiti COVID-19,” kata Wedaarachchi di dalam video.

“Kami akan makan ikan secara mentah ini. Saya akan makan makan dan tunjukkan kepada anda,” katanya

“Masyarakat tidak mahu makan ikan lagi dan pemilik kapal pula gagal pergi ke laut untuk menangkap ikan. Bukan itu sahaja, mereka terpaksa berhutang kerana tidak dapat menjual ikan,” tambahnya.

Berikutan pandemik COVID-19, masyarakat takut untuk membeli bahkan makan ikan ekoran kewujudan wabak di Pasar Besar Ikan di Sri Lanka pada bulan yang lalu.

Sumber: Daily Mail

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia