Siakap Keli
Gambar via Dailystar

Kucing Bermisai Buat Muka ‘Syok’ Ketika Bulu Divakum Buat Ramai Tertawan

Baru-baru ini tular di media sosial, video seekor kucing yang dilihat sedang baring di hadapan pemiliknya ketika ingin melakukan pembersihan sehingga mendapat tontonan melebihi 88 000.

Kebiasaan, kucing akan melarikan diri apabila pemiliknya ingin melakukan aktiviti pembersihan terutamanya menggunakan vakum. Tetapi bagi kucing ini, ianya dianggap seperti rawatan spa.

Reaksi wajah kucing tersebut kelihatan gembira dan santai sehingga wanita itu membelai perutnya.

“Dia suka divakum. Sebaik sahaja saya mengeluarkan vakum, dia akan berlari dan berbaring di sebelah saya yang dianggapkan sebagai rawatan spa.”

Netizen sangat menyukai video tersebut sehingga meninggalkan beberapa komen.

“Dia merupakan kucing yang paling manja yang pernah saya tengok dan saya harap dapat membelanya”.

“Dia sangat manja”.

“Ini adalah salah satu video berdurasi satu minit tetapi terasa seperti lima saat”.

Terdapat juga komen yang menyatakan bahawa kucing tersebut seakan memiliki misai dengan bulunya yang berwarna putih di wajah.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia