Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Memiliki cahaya mata ataupun zuriat sememangnya impian bagi setiap pasangan suami isteri. Apa tidaknya, zuriat yang hadir dalam kehidupan suami isteri bagaikan memberi satu lagi sinar kebahagian kepada ramai orang terutamanya ahli keluarga.
Tidak semua orang berpeluang untuk dikurniakan zuriat, dan ada juga yang terpaksa menunggu dalam tempoh masa yang lama untuk menimang cahaya mata. Pun begitu, tidak seharusnya seseorang itu berputus asa kerana sekiranya rezeki anak itu sudah ditetapkan buatnya, pasti masa itu akan tiba akhirnya.
Begitu jugalah kisah seorang wanita yang terpaksa menanti selama 14 tahun sebelum disahkan hamil anak pertama. Dikenali sebagai Puan Salis, dia mengalami masalah datang bulan dalam tempoh yang lama.

Menurut Puan Salis juga, keadaannya sebegitu menjadi lebih teruk pada tahun 2018 dan pada tahun 2019 dia mula mengalami tempoh period yang lama iaitu 6 bulan tidak berhenti.
Setelah sekian lama menantikan detik gembira tersebut, akhirnya ujian yang dibuat oleh Puan Salis menunjukkan ada sinar yang menceriakan wajah dirinya dan suami. Menurut Puan Salis, dia tidak menyangkakan bahawa dia telah hamil, malah suaminya sendiri turut membuat pemeriksaan kali kedua untuk memastikan detik gembira itu sememangnya menjadi kenyataan.
Menurut Puan Salis yang menceritakan detik bahagia itu, dia juga pernah mengalami keguguran pada tahun 2015 yang mana ketika itu kandungannya kosong dan hanya terdapat kantung sahaja.

Akui merasa fobia dengan pengalamannya yang pernah keguguran, Puan Salis dengan kandungan yang sudah melebihi 15 minggu itu juga telah membuat pemeriksaan dan imbasan kandungan bagi memastikan zuriat yang dikandungnya berada dalam keadaan yang baik. Hasilnya, Puan Salis mengatakan bahawa keadaannya berada dalam keadaan baik dan meluahkan rasa syukur dengan kurniaan Allah SWT kepada dia dan suami setelah 14 tahun menanti.
Berkongsikan tips yang diamalkan olehnya, Puan Salis mengatakan bahawa dia mengikut tips yang diberikan oleh Dr Raihana untuk tidak mengambil makanan seperti ikan keli, makanan dalam tin dan juga sumber makanan yang mirip estrogen.

Puan Salis yang berumur 37 tahun itu berkongsikan turut mengambil minuman tambahan Efferty.