Siakap Keli
Gambar: Zahin Sabri

“Alhamdulillah Berhasil,” Lelaki Ini Kongsi Tips Pemakanan Hingga Berjaya Turun 48Kg Dalam Tempoh 6 Bulan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang yang berjaya menurunkan berat badan lazimnya mempunyai tips tersendiri. Pelbagai jenis cara diet diamalkan demi mendapatkan bentuk dan berat badan ideal. Antara cara yang terkenal untuk menurunkan berat badan dengan sihat ialah mengamalkan diet suku-suku separuh.

Baru-baru ini, seorang pemuda telah berkongsi tips digunakannya untuk menurunkan berat badan daripada 120 kilogram kepada 72 kg dalam tempoh enam bulan.

Berikut adalah perkongsian saudara Zahin Sabri.

Dari 120kg ke 72kg. 6 bulan diet. Tak pernah terfikir nak kurus pun macam sekarang. Cuma cuba-cuba je. Alhamdulillah berhasil.

Dalam masa 6 bulan saya amalkan diet atkins dan diet suku-suku separuh.

Sarapan: telur rebus/separuh masak + teh hijau

Tengah hari : ayam/daging/ikan + sayur/buah

Malam: sama dengan tengah hari

Nasi saya jarang ambil tapi kadang-kadang saya ganti dengan roti wholemeal.

Exercise jogging/hiking seminggu sekali. Dalam sejam atau 8-10km.

Air manis ambil. Dalam sebulan tu cuma 3-4 kali je.

Air masak biasanya saya ikut keperluan badan la.. Kalau saya kerja luar, panas mungkin banyak. Dalam 2-3 liter. Tapi kalau saya duduk office je, 1-2 liter macam tu.

Macam mana? Anda mampu ikut kan caranya? Tak terlalu tegar, sesuai dengan kemampuan masing-masing. Semoga berjaya!

Sumber: Zahin Sabri via Diet Suku Suku Separuh

Amira

Love yourself.