Siakap Keli
Gambar: PetPop

(Gambar) Mula-Mula Beli Untuk Anak, Kucing ’Selamber’ Guna Barang Ini Macam Miliknya

Kucing adalah sejenis haiwan yang mempunyai logik akalnya tersendiri. Mereka tidak langsung memerlukan sofa cantik yang empuk apabila adanya kotak untuk mereka boleh berbaring. Malahan mainan yang dibeli khas untuk mereka juga tidak endahkan mereka.

Pemilik haiwan comel ini rata-ratanya telah mengetahui perangai pelik haiwan mereka itu. Seperti yang terjadi kepada pasangan warga Vietnam yang memuat naik satu perkongsian melucukan ini.

Menurut portal PetPop, pasangan tersebut mempunyai seorang anak lelaki yang berusia satu tahun. Anak mereka itu dikatakan sedang belajar untuk menggunakan tandas.

Untuk itu, ibu bapanya telah membelikan kerusi berwarna kuning sempena dengan pembelajarannya itu.

Pembelian tersebut bukan sahaja dihargai oleh anak mereka, malahan haiwan peliharaan mereka juga turut tidak ketinggalan memanfaatkan barang itu.

Namun segalanya berubah selepas kucing mereka itu sangat menyukai pembelian tersebut sehinggakan ianya beranggapan bahawa ‘kerusi’ tersebut dibeli untuknya.

‘Kerusi’ berkenaan terus didominasi oleh kucing tersebut tanpa mengira perasaan tuan kecilnya itu.

Sumber: PetPop

Aqmal Ezany

I write what is right