Siakap Keli
Gambar: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Nampak Anak Muda Turun Masjid, Dr Zulkifli Beri Saguhati Sebagai Galakan

Siapa tidak kenal Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri yang penuh hikmah dalam tindakan dan tutur katanya.

Baru-baru ini, beliau telah turun ke PPR Pekan Batu, Kuala Lumpur untuk memberikan sumbangan kepada golongan asnaf. Ketika lawatan, beliau telah bertemu dengan anak-anak muda yang dipercayai ingin menuju ke surau bagi menunaikan solat sebaik sahaja azan Zohor berkumandang.

Sebagai galakan, beliau telah menghadiahkan sedikit saguhati sebagai penghargaan atas kesungguhan mereka untuk menunaikan solat. Beliau turut sempat berkongsi kisah seorang tabiin, Zubaid bin Al-Harith yang pernah melakukan perkara sama. Mari baca kisahnya di bawah.

Semoga menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan

Usai turun daripada Tingkat 9 PPR Pekan Batu bagi mengagihkan bantuan kepada asnaf, saya terserempak anak-anak remaja yang baik dan soleh. Mereka nampaknya sedang menuju ke surau ketika azan Zohor berkumandang. Semoga mereka menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan.

Bagi Wilayah Persekutuan, sudah banyak masjid dan surau dibuka sejak April 2020 secara berperingkat dengan had yang semakin ditambah baik dari semasa ke semasa.

Saya bagi sedikit saguhati sebagai upah atas kesungguhan mereka menunaikan solat. Membahagikan upah dan ganjaran kepada kanak-kanak yang bersolat di masjid ini pernah dilakukan lama dahulu oleh seorang tukang azan di kalangan tabiin bernama Zubaid bin Al-Harith Al-Yami al-Kufi.

Imam Al-Zahabi menceritakan :

كَانَ زُبَيْدٌ مُؤَذِّنَ مَسْجِدِه، فَكَانَ يَقُوْلُ لِلصِّبْيَانِ: تَعَالَوْا، فَصَلُّوا، أَهَبْ لَكُم جَوْزاً. فَكَانُوا يُصَلُّوْنَ، ثُمَّ يُحِيطُوْنَ بِهِ. فَقُلْتُ لَهُ فِي ذَلِكَ، فَقَالَ: وَمَا عَلَيَّ أَنْ أَشْتَرِيَ لَهُم جَوْزاً بِخَمْسَةِ دَرَاهِمَ، وَيَتَعَوَّدُوْنَ الصَّلاَةَ

“Zubaid merupakan seorang muazzin di masjid beliau. Beliau pernah berkata kepada kanak-kanak : ‘Marilah (hadir ke masjid) dan dirikan lah solat, nanti aku akan bagi kacang kepada kamu semua.
Kanak-kanak itu pun pergi mendirikan solat (di masjid), kemudian mereka mengelilingi beliau (untuk mengambil ‘saguhati’ kacang tersebut).

Zubaid ditanyakan tentang perbuatan tersebut. Lalu beliau berkata :

‘Apalah sangat ke atas diriku untuk aku membeli kacang dengan harga 5 dirham buat mereka, supaya mereka dapat membiasakan diri dengan solat.”

Rujuk Siyar A’lam Al-Nubala’ (5/297)

Mari hidupkan budaya salafussoleh yang amat baik ini.

Sumber: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Amira

Love yourself.