Siakap Keli
Gambar: Bernama

Polis Melaka Hubungi Penduduk Dapatkan Maklum Balas Kegiatan Jenayah

MELAKA, 27 Nov — Polis Melaka menghubungi penduduk di tiga daerah di negeri berkenaan iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin bagi mendapatkan maklum balas mengenai kegiatan jenayah di kawasan kejiranan mereka.

Polis Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa panggilan telefon itu dilakukan bermula pada minggu kedua November dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di negeri itu.

Panggilan telefon kepada orang awam itu dibuat melalui On-line Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerusi talian 06-2841999, On-line IPD Alor Gajah (06-5564153) dan On-line IPD Jasin (06-5291122).

Polis Melaka turut menegaskan bahawa panggilan daripada nombor yang dimaklumkan oleh pihaknya bukanlah panggilan daripada scammer.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right