Siakap Keli

(Video) “Awak Akan Jadi Ayah..,” Ain Edruce Tak Sangka Dah Hamil Buat Muka Suami Teruja

Sebelum ini ramai peminat dan warganet berteka teki mengenai spekulasi Ain Edruce hamil akhirnya terjawab apabila selebriti tersebut berkongsi berita gembira ini menerusi laman Youtubenya.

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce tidak asing lagi dengan lawak jenakannya apabila berlakon dalam sitkom JKK Kampung Kalut.

Difahamkan menerusi rakaman video tersebut, belia tidak mempunyai niat untuk merahsiakan kehamilannya itu tetapi disebabkan masih awal jadi tidak sesuai dan hanya memilih masa yang sesuai untuk dikongsikan kepada peminatnya.

“Saya rasa dah tiba masa untuk saya kongsikan dengan semua orang yang sayangkan saya”

Dalam video tersebut juga turut dikongsikan momen dan reaksi suaminya apabila mendapat tahu bahawa mereka bakal menjadi ibu dan ayah kelak. Walaupun suaminya sukar untuk mempercayai pada mulanya tetapi riak wajah gembira bakal menjadi ayah terserlah.

“Nampaknya anak aku aktif macam aku…”

Tambahnya lagi, anaknya sangat aktif semasa melakukan pemerikasaan kandungan di sebuah pusat perubatan.

Walaupun tahun 2020 ini banyak dugaannya tetapi ia menjadi tahun yang paling bermaknanya buat Ain dan suaminya, Amirul Hafiz. Mereka mendirikan rumahtangga hampir setahun lalu iaitu pada 13 Disember 2019.

Sumber: Ain Edruce

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang