Siakap Keli
Kredit: Google

COVID-19: Kluster Nibong Di Johor Antara 3 Kluster Baharu Yang Dilaporkan Hari Ini

Putrajaya, 30 November – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan tiga lagi kluster baru COVID-19 dikesan hari ini melibatkan WP Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Ketiga-tiga kluster ini menyumbang kepada peningkatan sebanyak 54 kes terhadap jumlah keseluruhan kes baru pada hari ini.

Kluster pertama ialah Kluster Jalan Lapan yang dikesan di Selangor dan WP Kuala Lumpur. Kes indeks telah didapati positif hasil saringan individu bergejala pada 25 November lalu. Sehingga kini, seramai 306 individu telah disaring di mana 25 daripadanya positif COVID-19.

Selain itu, kluster kedua, Kluster Batu Sembilan dikenalpasti di Selangor di mana kes indeks didapati positif hasil saringan individu bergejala pada 24 November lalu. Setakat ini, seramai 83 individu telah disaring di mana 19 disahkan positif COVID-19.

Kluster ketiga telah dikesan di Johor. Kluster ini (Nibong) mencatatkan kes pertama pada 28 November hasil saringan individu bergejala. Setakat ini, seramai 152 individu telah disaring di mana 10 daripadanya disahkan positif koronavirus.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.