Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Games Radar

Kantoi Perdaya Isteri Beli “Air Purifier” Palsu, Lelaki Menyesal Isteri Paksa Jual Balik PS5

Seperti yang diketahui, PlayStation 5 telah dilancarkan secara rasmi pada 12 November lalu di pasaran beberapa negara diikuti oleh negara lain pada 19 November.

Semua unit PS5 dilaporkan telah habis dijual setelah ia dilancarkan di beberapa negara.

Gambar via Games Radar

Pun begitu, seorang lelaki di Taiwan mengambil keputusan untuk tidak memberitahu isterinya bahawa dia telah membeli konsol PS5 dan mempunyai idea yang bernas untuk ‘mengaburi mata’ isterinya.

Dia memberitahu isterinya bahawa dia akan membeli alat pembersih udara.

Gambar Via Pocket-lint

Memanfaatkan rekaan konsol itu, dia berharap ia boleh meyakinkan isterinya bahawa ia adalah pembelian yang bagus dan berbaloi.

Namun, nampaknya taktiknya itu tidak menjadi apabila isterinya masih lagi boleh membezakan antara konsol PS5 dan alat pembersih udara.

Sayang sekali, dia tidak ‘selamat’ apabila isterinya itu meminta dia menjual kembali PS5 itu sebagai ‘balasan’ kerana telah menipu.

Sumber: Aroged

Sofea

There's always another side to every story