Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Uncle Kentang Puji Tesco Klang & PDRM, Dilapor Sudi ‘Maafkan’ Individu Terpaksa Curi Maggie Sebab Lapar

Nur Adnin
Kredit gambar: Google

Apabila dalam keadaan tertekan dan terdesak, biasanya kita mungkin akan mula hilang pertimbangan untuk bertindak sewajarnya.

Di kala pandemik COVID-19 ini, boleh dikatakan ramai juga insan yang diuji apabila majikan terpaksa memberhentikan perkhidmatan mereka untuk pengecilan operasi ataupun jatuh muflis.

Jadi sudah tentu, mereka yang dibuang kerja ini agak terkesan, lebih-lebih lagi yang perlu menyara isteri dan anak-anak.

Namun akibat daripada itu, tidak mustahil tekanan yang dialami ‘memaksa’ seseorang itu melakukan jenayah atas dasar ‘terpaksa’.

Hari ini Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang berkongsi tentang satu kes tangkapan seorang individu di pasaraya Tesco Klang yang didakwa melakukan kegiatan mencuri makanan.

Gambar sekadar hiasan | Kredit: Foursquare/Google

Dakwanya menerusi satu hantaran, individu tersebut ditangkap kerana dipercayai mencuri makanan segera kerana terdesak akibat lapar dan tekanan.

Bagaimanapun jelasnya, kes tersebut telah diselesaikan dengan cara baik hasil rundingan pihak pengurusan bersama pihak berkuasa.

“Terima kasih Tesco Klang. Terima kasih PDRM. Seorang yang lapar yang hilang kerja telah curi Maggi dari Tesco dan berjaya ditangkap, ikut sumber di dalam Tesco.

“Pihak Tesco dan PDRM telah berunding serta telah menasihati beliau setelah mendapati beliau hilang kerja dan memang dalam kelaparan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Keterbukaan pihak pengurusan dan polis dalam ‘memaafkan’ kesalahan individu tersebut mendapat pujian daripada Uncle Kentang.

Malah dalam masa sama, Uncle Kentang turut menasihati individu berkenaan supaya tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama, sebaliknya boleh terus mohon bantuan daripada pihaknya.

“Inilah hati dan jiwa Tesco serta polis. Tak payah mencuri kak. Kita ada. Kalau bab makanan, InsyaAllah. Kalau bab duit ada sikit susah kami nak beri.

“Tahniah dan syabas kepada Tesco dan juga PDRM. Beliau tak masuk lokap dan polis telah beri nasihat kepada beliau. Inilah Malaysia hebat,” katanya.

Sehubungan itu, hantaran tersebut menerima lebih 1,000 tanda ‘suka’ daripada warganet, serta turut menerima pelbagai komen positif berkenaan kes tersebut.

Antara komen warganet di hantaran | Sumber: Uncle Kentang

Ada warganet berpendapat, tindakan simpati dan empati yang dijalankan pihak pengurusan serta polis ini sejajar dengan apa yang diajar dalam Islam; iaitu tarbiah (menasihati individu itu) dan memaafkan kesalahannya.

Antara komen warganet di hantaran | Sumber: Uncle Kentang

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mencadangkan agar mana-mana pemilik pasaraya, kedai makan mahupun premis perniagaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada individu-individu yang dibuang kerja akibat implikasi COVID-19 ini.

Antara komen warganet di hantaran | Sumber: Uncle Kentang

Sedekah 1K ‘on the spot’

Bagaimanapun dalam banyak-banyak komen, ada satu komen paling menarik disampaikan oleh seorang warganet ini.

Tanpa perlu perancangan panjang, individu ini dengan ‘selambanya’ menyampaikan sumbangan wang tunai sejumlah RM1,000 sekaligus ke dalam akaun sumbangan Uncle Kentang.

Tangkap layar komen sedekah individu pemurah | Sumber: Uncle Kentang
Resit transaksi berjumlah RM1,000 oleh individu tersebut | Sumber: Uncle Kentang

Komen yang ditulis dalam Bahasa Mandarin ini membawa makna;

“Ini adalah niat saya. Semoga Malaysia menjadi lebih baik. Ayuh.”

Tindakan pantas individu ini menerima pelbagai ‘reply’ positif daripada warganet lain yang teruja dengan sikapnya yang pemurah lagi dermawan.

Ucapan penghargaan daripada warganet | Sumber: Uncle Kentang
Ucapan penghargaan daripada warganet | Sumber: Uncle Kentang

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Tesco Klang, PDRM, Uncle Kentang, orang awam dan penderma tadi atas usaha yang dilakukan.

Sumber: Uncle Kentang