Siakap Keli
Gambar via Asiaone.com

(Video) ‘Youtuber’ Ini Siarkan Secara ‘Live’ Rutin Hariannya Ketika Jalani Kuarantin 14 Hari Di Hotel

Perjalanan seorang YouTuber telah berubah keadaan sejak kuarantin yang dijalani setelah tiba di Singapura. Rutinnya telah menjadi pengisian terbaru di dalam akaunnya yang melakukan kuarantin Stay-Home Notice (SHN) di Carlton Hotel.Warga Singapura berusia 44 tahun, telah tinggal di luar negera seperti China, Korea Selatan dan Amerika Syarikat selama bertahun-tahun. Baru-baru ini, beliau pulang untuk tinggal di Singapura yang telah beliau tinggalkan selama 17 tahun.

Di saluran YouTube miliknya bertajuk ‘Singaporean In Korea / America / Japan’, Jason Ng menceritakan proses menjalankan kuarantin ketika tiba di Singapura, termasuk menyerahkan Kad Ketibaan SG untuk pihak berwajib membuat pengaturan untuk mencegah kemungkinan penyebaran Covid- 19.

Youtuber itu juga turut mendokumentasikan apa yang akan terjadi pada para pelancong setelah mendarat di Singapura, dan kemudian mencatat bahawa komunikasi antara pengantar dan penumpang yang baru tiba seakan “jauh lebih menyenangkan”.

Sejak itu YouTuber itu mula memanfaatkan harinya dengan menyiarkan semua yang dilakukannya di bilik hotel dan berkongsi rutin hariannya. Sebenarnya, dia telah mengalu-alukan penonton untuk melihatnya melakukan aktiviti, termasuk bersenam, bekerja, makan, dan tidur.

Gambar via Asiaone.com

“Rutin harian saya berlaku 24 jam sehari selama 14 hari di saluran Youtube saya!” Ng mengemas kini dalam catatan Facebook.

“Saya juga membuat video mengenai perjalanan rutin diet yang diamalkan selama 14 hari dan bersenam selama 14 hari. Tiada hari yang sia-sia. Kuarantin bukan alasan untuk gemuk dan malas”

Sumber : Asiaone

Aziezzan