Siakap Keli
Gambar via AnimalsWorld

(Video) Gelagat Dua Ekor Anak Kucing Ini Betul-Betul Fokus Tengok ‘Tom & Jerry’

Siapa yang tak tahu dengan siri animasi ‘legend’ Tom and Jerry? Bukan hanya orang dewasa dan kanak-kanak saja menyukai cerita kartun itu, bahkan kucing juga tertarik untuk menontonnya.

Satu video klip dikongsikan oleh @AnimalsWorld mengenai dua ekor kucing menonton siri animasi ‘Tom and Jerry’.

Rakaman video berdurasi 59 saat itu memaparkan dua ekor kucing berwarna kelabu dan putih menonton siri animasi Tom and Jerry yang dipaparkan pada sebuah komputer riba di atas meja.

Kedua-dua kucing itu kelihatan begitu leka menonton siri animasi kegemaran kanak-kanak di seluruh dunia itu. Malah, anak kucing itu turut berubah tempat yang lebih dekat untuk menontonnya.

 

Sumber : AnimalsWorld

Aziezzan