Siakap Keli

Hero Sivaji The Boss, Rajinikanth Dilapor Akan Tubuh Parti Politik & Berniat Mahu Perangi Rasuah

Setelah beberapa kali ditunda, pelakon, Rajinikanth dilaporkan telah menyusun rancangan untuk kerjaya politik dengan menubuhkan  parti politiknya sendiri, lapor The Indian Express.

Parti politik itu dijangka akan ditubuhkan pada Januari tahun hadapan iaitu tahun bagi pilihan raya Perhimpunan yang akan diadakan di Tamil Nadu.

Dalam kenyataan ringkas di Twitter, Rajinikanth mengatakan bahawa partinya akan menjadi parti yang tidak korup, jujur, telus dan sekular dengan politik rohani yang pasti akan memenangi pilihan raya berikutnya.

“Tarikh pelancaran akan diumumkan pada 31 Disember,” katanya.

Bercakap kepada wartawan di luar kediamannya, Rajinikanth telah menimbulkan spekulasi mengenai kecenderungan partinya dengan memperkenalkan Ra Arjunamuthy iaitu bekas presiden sayap intelektual unit negara BJP sebagai ketua penyelaras persatuan peminatnya.

Pelakon yang akan berusia 71 tahun pada 12 Disember itu mengatakan bahawa keputusannya untuk melancarkan parti politik adalah bertujuan untuk membawa perubahan di Tamil Nadu.

Sumber: The Indian Express

Sofea

There's always another side to every story