Siakap Keli
Kredit gambar: SCMP/AFP

China Berjaya Hidupkan ‘Matahari Tiruan’ Berkuasa Nuklear, Mampu Beroperasi Pada Suhu 10 Kali Ganda Lebih Panas Dari Matahari

China dilaporkan berjaya menghidupkan ‘matahari tiruan’ yang dibangunkan berasaskan teknologi nuclear fussion, yang mana dikatakan mampu beroperasi pada suhu 10 kali ganda lebih panas daripada matahari.

China National Nuclear Corporation (CNNC) memaklumkan, radas HL-2M Tokamak mampu memanas sehingga kira-kira 150 juta darjah Celcius, dipercayai lebih panas tiga kali ganda berbanding versi sebelum ini, HL-2A.

Kemampuan menghasilkan suhu ultra-tinggi tersebut penting dalam proses peleburan (fusion) untuk menghasilkan tenaga.

Suhu yang tinggi itu ‘dicipta’ bagi menggantikan sumber semulajadi matahari yang menghasilkan tenaga menggunakan hidrogen dan gas deuterium sebagai bahan bakar.

Kredit gambar: SCMP/AFP

Difahamkan, ia berikutan limitasi kemampuan matahari yang hanya mampu menghasilkan suhu panas sehingga 15 juta darjah Celcius sahaja.

Ketua jurutera Institut Sains Peleburan CNNC, Yang Qingwei berkata, HL-2M itu dapat mencapai masa pengurungan plasma magnetik sehingga tempoh 10 saat.

“HL-2M ialah matahari buatan China terbesar dengan parameter yang terbaik,” kata pengarah institut, Xu-Min.

Dalam pada itu, penghasilan HL-2M itu dikatakan mempunyai tiga kali ganda jumlah plasma dan enam kali ketegangan arus plasma berbanding HL-2A.

Keupayaan itu akan membantu meningkatkan tahap penyelidikan dan perkembangan teknologi generator peleburan di China.

Menurut laporan itu lagi, China membangunkan teknologi peleburan itu sebagai satu perancangan untuk membina reaktor eksperimen pada awal tahun depan, sebelum membina prototaip industri pada 2035 lalu dikomersialkan dalam skala besar pada 2050 kelak.

Kredit gambar: SCMP/AFP

Sumber: SCMP

"