Siakap Keli
Gambar: @Leanna_AwangJoe

“Satu Rumah Dia Gerak,” Wanita Kongsi Video Seram, Dakwa Mainan Bergerak Sendiri Tanpa Dikawal Alat Kawalan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebilangan besar daripada kita semestinya pernah mengalami perkara-perkara mistik yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata.

Dengan ketiadaan bukti yang kukuh seperti rakaman video atau pun penampakan yang jelas, pastinya sukar untuk kita meyakinkan seseorang itu bahawa apa yang dialami kita sememangnya benar.

Walaupun begitu, perkara yang berunsurkan mistik ini bukanlah suatu perkara yang jarang sekali berlaku. Ini kerana, ramai yang ‘bertuah’ untuk mengalaminya sendiri.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama @Leanna_AwangJoe ini, perkara yang berunsurkan mistik itu telah terjadi ke atas dirinya sewaktu dia bersendirian dengan bayinya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Sumber: @Leanna_AwangJoe

Aqmal Ezany

I write what is right