Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Helikopter Terhempas di Banjaran Alps, Perancis, Lima Terkorban

Kredit gambar: EPA/BBC

PARIS, 9 Dis (Bernama) — Kemalangan helikopter di Banjaran Alps Perancis mengorbankan lima daripada enam penumpangnya, kata Presiden Emmanuel Macron pada Rabu, lapor Agensi Anadolu.

“Petang ini di Savoie, tiga anggota pasukan Penyelamat Udara Perancis dan dua anggota Perkhidmatan Aérien Francais (SAF) terbunuh dalam satu nahas helikopter. Seorang mangsa cedera,” ciap Macron di Twitter.

“Sokongan dari negara kepada keluarga, rakan dan kenalan wira Perancis ini,” tambahnya.

Jabatan Wilayah Savoie mengatakan sebuah helikopter SAF terhempas sekitar jam 7 malam pada ketinggian 1,800 meter.

Helikopter itu terhempas di bandar Bonvillard.

Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh juruterbang, yang berjaya melentingkan diri.

Helikopter itu, yang dimiliki SAF, sebuah syarikat swasta, dilaporkan menjalankan misi menyelamat ketika ia terhempas.

Keadaan berkabus menyukarkan tugas mengesan bangkai helikopter berkenaan.

Sumber: BERNAMA