Siakap Keli
Gambar: Kumparan

(Video) 80 Peratus Tubuh Terbakar, Lelaki Didakwa Tergamak Bakar Isteri Hidup-hidup

Seorang lelaki didakwa tergamak membakar isterinya hidup-hidup dalam satu kejadian di sebuah kedai di Dumai, Riau kelmarin.

Suspek tersebut pada awalnya dilaporkan menuju ke kedai tempat isterinya di berniaga.

Bagaimanapun, suspek didakwa tiba-tiba terus menyimbah minyak petrol ke tubuh isterinya dan ke serata bahagaian kedai tanpa sebarang sebab, sebelum membakarnya dengan bahan dipercayai pembakar.

Menurut laporan Detik News, saksi kejadian mendakwa, kebakaran tersebut menjamah tubuh mangsa dan keseluruhan kedai.

Pegawai polis, AKP Fajri berkata, mangsa dilaporkan terbakar hampir 80 peratus dan meninggal dunia, manakala tubuh suspek pula turut terbakar hampir 50 peratus.

Suspek telah ditahan dan dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan lanjut, bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan.

Rakaman kejadian tersebut tular di media sosial hingga ditonton lebih 4 juta kali.

@ugusuguz

Gara2 nyabu.. #foryou #fyp #viral

♬ original sound – Ugus s – Ugus s

Sumber: Detik News, Tiktok

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'