Siakap Keli
Gambar via IndiaTimes

(Video) Detik-detik Bangunan 144 Tingkat Dirobohkan Dalam Masa 10 Saat Melalui Letupan Terkawal

Mina Plaza ikonik Abu Dhabi, yang terdiri dari empat menara setinggi 165 meter, telah menjadi debu dan runtuhan berlaku hanya dalam 10 saat.

144 tingkat plaza itu berjaya dirobohkan dalam catatan 10 saat pada 27 November, lapor Gulf News. Ia telah membuat Rekod Dunia Guinness baru ‘bangunan tertinggi yang dirobohkan menggunakan bahan letupan (perobohan terkawal)’

Runtuhan itu melibatkan penggunaan bahan peledak plastik dan kord detonator 6000 kg. Walaupun prosedur itu hanya berlangsung selama 10 saat, ia mengubah latar langit Abu Dhabi sepenuhnya.

Menurut laporan, letupan terkawal itu dilakukan untuk membuka jalan demi pembangunan semula kawasan pelabuhan seluas tiga juta meter persegi. Itu adalah bahagian dari fasa kedua projek yang melibatkan pembangunan semula Mina Zayed.

Gambar via IndiaTimes

Mina Zayed telah berkhidmat sebagai pelabuhan utama Abu Dhabi selama lebih dari 40 tahun. Ia dirasmikan pada tahun 1972.

Gambar via IndiaTimes

Pengumuman dibuat setelah runtuhan berlaku oleh Pejabat Media Abu Dhabi.

“Sebagai bahagian dari fasa kedua revitalisasi wilayah Mina Zayed di Abu Dhabi, Modon Properties telah berjaya merobohkan Mina Plaza Towers dalam tempoh hanya 10 saat,” kata pengumuman itu.

Sumber : India Times

Aziezzan