Siakap Keli

Dapat Idea Di Madinah, Tak Sangka 400 Pen Ajaib Miswak Boleh Terjual Dalam Masa Dua Jam

Dalam dunia pernigaan zaman kini, peniaga perlu menjadi lebih kreatif untuk menginovasikan produk mereka menjadi satu produk lebih baik, mesra pengguna dan mengikut teknologi peredaran zaman.

Seperti Pengarah Muhibbah Sinergia Resources, Noor Arjuna Abd Ghani yang berusia 52 tahun ini tidak menyangka idea daripada pemerhatian beliau terhadap penggunaan miswak atau kayu sugi secara meluas di Madinah sehingga terhasilnya Pen Ajaib Miswak atau dinamakan Mygic Miswak yang mampu dibawa hingga ke peringkat Global.

Menurut Arjuna, “Di sana, penggunaan kayu sugi atau miswak menjadi sebahagian dari rutin dan sekembali ke Malaysia saya mula membuat kajian mengenai manfaatnya terhadap penjagaan oral. Penggunaan miswak konvesional dianggap kurang menarik perhatian kerana kaedah penyimpanannya dianggap tidak bersih oleh segelintir masyarakat.”

“Bermula dari situ saya memberikan evolusi terhadap penggunaan dengan lahirnya miswak berbentuk pen dan berpenutup selain tahan lama dan mudah dibawa,” katanya baru-baru ini.

Beliau pernah membawa produknya ke satu ekspo di Nanning, China dan dari situ bermula niat beliau untuk memperluaskan lagi pasaran Pen Ajaib Miswak ini ke negara ekonomi Persidangan Kerjasama Ekonomi Aisa Pasifik (APEC) 2020 yang lain. Rezeki memang tidak salah alamat kerana, dalam tempoh dua jam sahaja 400 pen ajaib ini terjual dan ini jelas menunjukkan masyarakat dunia mempunyai penalaman luas mengenai kelebihan miswak terhadap penjagaan oral.

“Menerusi eksport, saya percaya ia bukan hanya memberi sumbangan ekonomi usahawan sendiri, tapi memperluaskan kuasa perdagangan Malaysia bersama negara APEC yang lain,” katanya.

APEC 2020 juga membantu meningkatkan penjanaan ekonomi. Industri Kecil Sederhana (IKS) dan keusahawanan Malaysia. Aspirasi Noor Arjuna adalah selari dengan perbincangan di APEC 2020, terutamanya di Mesyuarat Menteri-Menteri Perusahaan Kecil dan Sederhana

APEC pada bulan Oktober lalu yang telah menekankan kepentingan memberi peluang kepada perusahaan kecil seperti yang dimiliki Noor Arjuna untuk melibatkan diri dalam rantai bekalan dunia.

Noor Arjuna berkata, sehingga kini Mygic Miswak berjaya menembusi beberapa pasaran ekonomi APEC selain China seperti Brunei dan Singapura. “Saya menyasarkan pasaran eksport lebih jauh bagi memperkukuhkan lagi jenama Mygic Miswak selain membuka peluang kerjasama dengan agensi atau organisasi lain untuk meluaskan jaringan perniagaan.

“Menerusi sokongan dan bantuan beberapa agensi kerajaan, pen ajaib ini turut memenangi pelbagai anugerah inovasi menerusi pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Kisah seperti Noor Arjuna perlu diketengahkan agar lebih ramai jaduh duni dalam eksport dapat diberi perhatian. Penglibatan lebih ramai PKS dalam aktiviti ekonomi turut dicanang di persidangan APEC 2020 yang telah membuat rangkaan dasar ekonomi yang mencakupi segenap lapisan masyarakat di rantau ini .

Sebagai tuan rumah APEC 2020, Malaysia mengharapkan keutamaan agenda Kemakmuran Bersama dapat diterjemahkan ke dalam rancangan kerja bagi anggota organisasi terbabit pada tahun ini.

Konsep kemakmuran bersama, diperkenalkan oleh Malaysia ketika Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif APEC di Papua New Guinea pada 2018, sejajar dengan aspirasi global dan domestik Malaysia.

APEC menjadi forum antara 21 ekonomi di linkungan Pasifik untuk mempromosi perdagangan bebas di seluruh rantau Asia Pasifik. Penganjuran APEC 2020 telah ditutup baru-baru ini dengan kejayaan Mesyuarat Pemimpin- Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) 2020 yang dijalankan secara maya buatpertama kali dalam sejarah. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah sekretariatkebangsaan yang menganjurkan APEC 2020.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)