Siakap Keli

Lebih 20 Ekor Kucing Dilaporkan Mati, Thailand Keluarkan Amaran Kesihatan Selesema Kucing

Wilayah Nakhon Ratchasima di Barat Daya Thailand mengeluarkan amaran kesihatan berkaitan selesama kucing susulan daripada kematian lebih dari 20 ekor kucing.

Menurut penduduk di daerah Kham Sakesaeng memberitahu media bahawa lebih 20 ekor kucing mati dan banyak lagi mengalami selesama dan sedang sakit.

Selesema kucing ini merupakan penyakit penafasan yang sering menyerang kucing dewasa dan anak kucing. Ianya disebabkan virus iaitu Feline Herpes Virus 1 dan Feline Calicivirus.

Bagaimanapun, Pegawai Veterinar wilayah tersebut memberi yaminan bahawa penyakit ini tidak akan berjangkit kepada manusia.

Namun, penduduk di wilayah tersebut bimbang jika semua haiwan mereka dijangkiti penyakit berbahaya yang pernah berlaku sehinggakan melenyapkan hampir keseluruhan kucing di kawasan tersebut.

Doktor haiwan juga uturt memberitahu bahawa ubat yang sesuai sudah diberikan kepada semua kucing dan orang ramai dinasihatkan mengenai kaedah-kaedah untuk menangani jangkitan tersebut.

Jika virus ini dijangkiti oleh ibu kucing, secara tidak langsung anak-anak yang baru lahir turut mengalami penyakit yang sama dan tidak hidup lama.

Kucing-kucing yang mengalami simptom seperti bersin, lelehan cecair dari mata atau hidung, demam, masalah penafasan, batuk, lesu dan hilang selera makan diminta untuk membuat pemeriksaan lanjut.

 

Sumber: UPI.com

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang