Sebenarnya amat penting bagi semua pengguna Islam untuk mengetahui badan-badan Islam yang diiktiraf di seluruh negara. Ini dapat mengelakkan pengguna merasa ragu-ragu untuk membeli barangan atau memasuki premis-premis tertentu. Pengetahuan mengenai logo-logo badan Islam yang diiktiraf di luar negara juga penting agar pengguna tidak keliru.
Berikut merupakan cara-cara untuk memastikan premis yang telah mendapat sijil halal yang telah disahkan. Pengguna kini boleh menyemak status premis secara atas talian seperti dibawah.
Langkah 1 :
Klik di sini untuk terus masuk ke Portal Rasmi Halal Malaysia
Langkah 2: Pilih negeri
Langkah 3: Pilih kategori
Langkah 4: Tulis nama kedai, makanan, jenama produk atau lain-lain
Selain itu, anda boleh pilih kategori di sini untuk melihat senarai yang ada jika carian anda tidak ditemui
Selain itu juga, laman web ini menyediakan kategori lain seperi kosmetik dan juga bulu haiwan. Diharapkan langkah dan panduan ini membantu anda untuk memudahkan urusan supaya tidak meragui tanda halal yang dipamerkan.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Postal Rasmi Halal Malaysia