Berkebun sememangnya sangat menyeronokkan, bayangkan rimbunan pepohon atau tanaman yang ditanam membuahkan hasil yang mengujakan.
Apalah salahnya jika berbakti semula kepada tanah, hasilnya pun nanti kita juga yang dapat makan.
Namun, bila sebut pasal berkebun, tidak ramai yang membayangkan untuk berkebun di halaman rumah.
Bagi yang mempunyai ruang luas, anda sebenarnya boleh cuba untuk menanam sayur-sayuran di halaman rumah.
Bila semua tanaman ‘menjadi’, tak perlu lagi nak beli sayur-sayuran kat kedai, petik saja depan rumah.
Sama dengan kiriman oleh Hjh Asiah Hashim di Facebook ini yang berkongsi hasil sayur yang diperolehinya di kebun halaman rumahnya.

Menerusi perkongsian itu, dapat dilihat hasil tanaman seperti terung, timun dan ketola tumbuh dengan sangat baik.
Nak tengok hasilnya, ikuti perkongsian di bawah ini.

Hari ini petik sayur terung, timun dan ketola Alhamdulllah ni lah rezki bekebun sayur di halaman rumah
Posted by Hjh Asiah Hashim on Wednesday, December 16, 2020
Sumber: Hjh Asiah Hashim