Siakap Keli

(Video) Ceria Bertukar Suram, Ternampak Wajah Dipercayai ‘Adik’ Ketika Gunakan ‘Filter’, Reaksi Wanita Ini Undang Sebak

Sudah menjadi trend di media sosial berkenaan aplikasi kamera yang boleh mengubah wajah seseorang itu menjadi apa yang dipilihnya.

Ada camera filter yang boleh merubah wajah seseorang menjadi kartun, ada yang boleh mengubah menjadi tua, mengubah menjadi gemuk dan bermacam-macam lagi.

Namun antara yang paling digemari ramai adalah filter yang boleh membuatkan wajah seseorang itu bertukar menjadi jantina yang berlawanan dengannya.

Filter ini sering kali digunakan untuk tujuan hiburan. Namun lain pula kisahnya pada seorang pengguna TikTok yang bernama @justadogmomandpharmacist ini.

Wanita yang bersama dua orang kanak-kanak dengan bersahaja sedang bermain-main dengan filter daripada aplikasi Snapchat.

Ianya bermula dengan filter tersebut ditujukan kepada wajah anak-anak teman lelakinya untuk tujuan hiburan.

Namun selepas mengarahkan filter tersebut ke arah mukanya, kegembiraannya bertukar menjadi sebak apabila dia berasakan bahawa filter itu telah membuatkan mukanya menyerupai seakan dipercayai adik lelakinya yang sedang dirindui.

“Oh tuhan, muka saya kelihatan seperti Adam,” katanya sambil bertukar menjadi sebak dalam video itu.

Perkongsian video tersebut seterusnya telah menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah ditonton 4 juta kali oleh warganet.

@justadogmomandpharmacist

Wasn’t expecting this to happen tonight… #iwishheavenhadvisitinghours

♬ Coming Home – Part II – Skylar Grey

Warganet yang menonton video tersebut turut berasa sebak dengan perkongsiannya itu.

Sumber: TikTok

Aqmal Ezany

I write what is right