Siakap Keli
Kredit: Google

Ikuti 10 Langkah Ini, Cara Mudah Nak Mohon i-Sinar Online “Step by Step”

Hari ini orang awam yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah boleh mula membuat permohonan i-Sinar (Kategori 1) seperti yang ditetapkan kerajaan.

Mungkin ada yang belum faham tentang prosedur-prosedur permohonannya.

Sila ikuti 10 langkah-langkah yang dinyatakan di bawah ini:-

1. Pergi ke laman sesawang i-Sinar KWSP di SINI.

2. Isi maklumat nombor kad pengenalan, nombor telefon dan sahkan kedua-duanya.

 

3. Klik ‘TERUSKAN’

4. Anda akan diberi dua paparan balas, iaitu isi nombor OTP yang dihantar ke nombor telefon anda melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau perlu menjawab soalan keselamatan terlebih dahulu.

5. Selepas berjaya masuk, tetapkan Amaun Pilihan.

6. Tetapkan Bayaran Bulanan Pertama dan klik ‘TERUSKAN’.

7. Lengkapkan Maklumat Pemohon yang wajib diisi.

8. Lengkapkan Maklumat Pembayaran dan klik ‘TERUSKAN’.

9. Semak Maklumat Pemohon dan Maklumat Pembayaran dan tandakan ( / ) sebelum tekan ‘HANTAR’.

10. Permohonan anda diterima dan akan diproses.

Oh ya. Permohonan pada hari ini ialah untuk Kategori 1 sahaja.

Bagi Kategori 2, permohonan akan mula dibuka mulai 11 Januari 2021 nanti.

Selamat memohon.

Sumber: KWSP

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'