Siakap Keli

Berbaki Beberapa Hari Lagi 2020, BMW Nak Bagi Korang Hadiah ‘Istimewa’ Untuk “Cheer Up” Mood Menjelang Tahun Baru

Macam yang kita semua tahu, 2020 ni banyak benda yang berlaku dan yang paling membuat kita semua terkesan, sudah tentulah pandemik COVID-19.

Banyak planning dari awal tahun terpaksa dilupakan, angan-angan nak makan angin terkubur begitu sahaja. Last-last, cuma berkurung di rumah je kan. Memang ada yang rasa fed up dengan 2020 dan tak sabar nak tunggu kehadiran 2021 kan?

Tapi nanti dulu, sapa cakap tak ada benda best yang akan terjadi pada 2020?

Hey, kalau korang nak tahu, berbaki beberapa hari lagi tahun 2020 ni, korang sebenarnya berpeluang memenangi sesuatu yang hebat, dengan hanya berkongsi perkara baik yang terjadi dalam hidup korang sepanjang 2020 di media sosial. Mesti ada kan?

Ni, kami nak kongsikan dengan korang satu peraduan daripada BMW, gergasi automotif dunia berasal dari Jerman, yang nak bagi kejutan kepada pemenang-pemenang yang terpilih.

Peraduan yang BMW nak buat ni adalah peraduan #DriveJoy In 2020. Dengar nama pun dah tahu dah, peraduan ni confirm akan memberi kegembiraan berganda untuk korang semua di Instagram.

Penyertaan akan memenangi hadiah yang sangat eksklusif daripada BMW iaitu satu beg dengan ‘isi’ misteri di dalamnya. Perghhh, memang suspen habis hadiah kali ni.

Jom tengok video kat bawah ni.

Paling istimewa, korang berpeluang untuk menghabiskan masa selama seminggu ‘bermalam’ salah satu model premium yang dikeluarkan oleh BMW dan lebih syok, ia dihantar dalam kotak hadiah!

Korang mesti nak tahu apa lagi hadiah BMW nak bagi kan?

So, setiap hari korang kena follow update daripada facebook BMW Malaysia bermula dari hari ini hingga 31 Disember. Hadiah misteri yang ditawarkan adalah berbeza setiap hari dan korang boleh sertai peraduan ni juga setiap hari.

Sekali lagi, pastikan korang hari-hari cek Facebook BMW Malaysia okay.

Memang gempak habis peraduan dari BMW ni. Korang jangan terlepas peluang pula, pastikan setiap hari ‘jenguk’ Facebook BMW Malaysia supaya korang tak terlepas peluang daripada menghabiskan tahun 2020 dengan kegembiraan dan menyambut 2021 dengan harapan baru.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web, Facebook dan Instagram BMW Malaysia.


Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.