Siakap Keli

Tiga Usahawan Kongsi Kisah ‘Diserang’ Syarikat Motivasi Viral

Berikutan penularan wabak Covid-19 yang semakin hari menjangkaui kes tertinggi, Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sebelum ini bagi mengurangkan penularan wabak dari berterusan.

PKP yang dikeluarkan kerajaan bermula 18 Mac telah memberikan kesan kepada ramai usahawan yang memerlukan mereka membekukan segala jenis aktiviti jual beli sepanjang tempoh PKP ini.

Pun begitu, kejayaan usahawan-usahawan ini dalam menghadapi waktu getir ini harus diberi pujian. Berkat tunjuk ajar mentor yang betul, jumlah jualan semakin mencanak tinggi walaupun berdepan pandemik. Siapakah mereka?

Dari sebuah mesin jahit kepada RM100 juta tahun 2020

Tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan kita percaya apa yang kita buat betul dan berMenThor dengan Proven Results MenThor yang boleh bimbing kita capai kejayaan!

Siapa sangka kejayaan Sabella bermula dengan hanya sebuah mesin jahit sahaja! Walaupun sukar pada awalnya, namun situasi itu berubah tatkala berkat dan asbab mereka menuntut ilmu bisnes yang betul. 

Sama seperti usahawan yang lain, mereka tetap memiliki cabaran yang mereka terpaksa tempuh namun mereka bertindak tanpa membuang masa, mereka membuat pilihan untuk capai impian mereka dan mereka mula untuk bina bisnes berjaya kerana mereka tahu hanya ilmu bisnes yang betul dan guidance yang betul sahaja mampu membuatkan mereka berjaya suatu hari nanti.

Kini, Tuan Sufian dan Puan Siti Fatimah, Founder dan Co-Founder Sabella berjaya meningkatkan sales mereka daripada RM 100 Ribu setahun pada awalnya sehingga RM 100 Juta Ringgit untuk tahun 2020 sahaja dan lebih membanggakan, kini Sabella telah mempunyai lebih 67,000 orang dropship di bawah jenamanya.

Jual popcorn je tapi jana RM7 juta tahun 2020

Merupakan anak ke 5 dari 8 orang adik-beradik , Tuan Shazarul Ismail yang kini merupakan Founder kepada Eng’s popcorn bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Untuk bantu menyara keluarga Tuan Shazarul Ismail dulunya hanya ambil upah bekerja di pasar pagi pada tahun 2016.

Ayah kau ni selalu menyusahkan orang , kau jadi anak jangan perangai macam ayah kau!

Ayat ini sentiasa segar di fikirannya… ini juga antara sebab kebangkitan dan asalnya kekuatan Tuan Shazarul sehingga beliau berjaya hari ini. Jarang bersependapat dengan ayahnya, beliau sering bergaduh dengan ayahnya kerana ketegasan ayahnya. Ini adalah kunci kekuatan beliau sebenar. Asbab ketegasan dan kekerasan seorang ayah, beliau cabar diri untuk buktikan beliau boleh buat lebih baik dan buktikan beliau mampu berjaya.

Kini berusia 22 tahun, beliau dah berjaya buktikan walaupun arwah ayahnya tidak sempat melihat kejayaan ini , nama Eng’s popcorn yang terukir pada setiap packaging popcorn beliau sekarang merupakan satu penghargaan kepada ayahnya dan kini beliau merupakan ketua keluarga dan mampu untuk menyara ibu dan adik-beradiknya yang lain.

700 ekor ayam sehari dengan jualan hampir RM3  juta tahun 2020

Bila ada impian yang besar, impian itu mesti jelas dan nampak seolah-olah ia di depan mata. Bila anda bersama RichWorks anda akan belajar bagaimana untuk letak impian jadi jelas. Itulah cerita Tuan Muhamad Muizuddin Remle dari Muiz Hot Chicken yang begitu jelas dengan impian dan semangat tak padam!

Masa awal berniaga 2013 masa awal-awal berniaga, teringin hendak pakai kereta Toyota Alphard tapi masih belum mampu, hanya bergambar dengan kereta orang sahaja. Tahun ini, selepas buat keputusan join Titan Circle, diajar oleh MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk senaraikan impian dengan jelas.

Sekarang sudah berbangga kerana berjaya dapatkan kereta impiannya dan dapat berikan keselesaan kepada keluarga sendiri dan keluarga mertua beliau. Kini, Muiz Hot Chicken sudah terima pesanan 700 ekor ayam sehari berbanding hanya 500 ekor sehari sahaja sebelum ini.

RichWorks sepanjang tempoh PKP telah bantu ramai usahawan untuk bina bisnes dan mulakan bisnes hinggakan ada yang start dari zero pun boleh buat ribu-ribu seminggu jualan.

Join program Kuasai Marketing 2021 – Formula Zero Kos Marketing
Tarikh: 25-27 Disember 2020
Website: www.zerokosmarketing.com

Mungkin anda seterusnya. Ikut kata hati, bertindak sekarang sebelum semuanya terlambat.

Nur Farra