Siakap Keli
Kredit: Google

Serius Laptop Takkan ‘Lag’, Ini Tips Yang Korang Kena Amalkan

Bagi pengguna ‘heavy’ IT mahupun kaki ‘gaming’, kelajuan adalah perkara penting dalam keselesaan menggunakan komputer.

Terdapat banyak cara yang kita boleh amalkan kalau nak komputer kita laju, ringan dan ‘smooth’ tanpa sebarang ‘kelembapan’.

Berikut di bawah adalah lima cara-cara lajukan komputer seperti yang pernah dikongsikan di ITPro:-

1. Buang program yang tidak digunakan

Setiap program mahupun aplikasi, ia mempunyai saiz storannya yang bergantung pada fungsinya sendiri. Mungkin tidak semua program yang kita pernah install dulu (atau memang sedia ada) kita akan gunakan. Jadi, buanglah (uninstall) mana-mana yang tidak digunakan, ia membantu ‘meringankan’ kapasiti RAM dan storan dalaman.

2. Hadkan startup program

Kebanyakan program direka untuk start automatik sejurus Windows dihidupkan. Ia telah ditetapkan oleh pengeluarnya sendiri untuk memastikan program itu tetap beroperasi di ‘background’ sistem. Bagaimanapun seperti di atas, bukan semuanya yang kita akan gunakan waktu itu. Ianya menganggu storan RAM, maka boleh hadkan startup pada yang mahu digunakan sahaja.

3. ‘Halau’ keluar malware

Malware yang ‘bersarang’ dalam sistem komputer kita juga menjadi penyebab pemprosesan operasi sistem menjadi perlahan. Kini telah banyak perisian antivirus dihasilkan di pasaran. Pilihlah yang elok dan sesuai dengan kapasiti komputer kita.

4. Selenggara & tambah baik sistem penyejukan

Jangan lupa, kita kena sentiasa selenggara kipas penyejuk yang beroperasi di bahagian dalam komputer riba mahupun CPU komputer. Habuk yang terkumpul lama dan tidak dibersihkan boleh menyebabkan kipas tersebut ‘berat’, sekaligus kuasa penyejukan akan berkurang. Untuk menambahbaik kuasa penyejukan, boleh juga menggunakan pengalas kipas di bawah komputer riba.

5. Tambah RAM & kemaskini processor

RAM ibarat ‘otak’ yang menghidupkan memori dalam sistem komputer. Saiz RAM yang digunakan adalah perlu bersesuaian dengan kadar penggunaan komputer tersebut. Sifir mudahnya, jika banyak fungsi digunakan seperti kerja suntingan grafik dan ‘gaming’, sudah tentu RAM yang lebih besar diperlukan. Begitu juga dengan processor.

Menyentuh berkenaan processor, mesti ramai dah sedia maklum tentang jenama pengeluar processor AMD, kan?

Biasanya processor keluaran AMD menjadi pilihan ‘kaki gamers’ dan pereka grafik disebabkan kemampuan kuasanya yang optimum.

Justeru, ini ialah berita baik buat anda bahawa AMD kini telah mengeluarkan cip processor terbaharunya iaitu AMD Ryzen 4000 Series Mobile Processor.

Apa yang anda kena tahu tentang AMD Ryzen 4000 Series Mobile Processor?

Gambar: AMD

1. Prestasi ‘multi-core’

Perkara asas yang anda kena faham: lebih ‘core’ sesuatu processor itu, maka lebihlah prestasi yang dimiliki.

2. Rekaan saiz 7 nanometer “Zen 2” Cores

Direka dengan rekaan 7 nm lebih kecil, processor ini pasti menjanjikan kelajuan pemprosesan maksimum. Dalam masa sama, ia juga meningkatkan keupayaan kuasa yang lebih efisyen, di samping memastikan jangka hayat bateri tahan lebih lama.

3. Grafik lebih cantik dengan AMD Radeon Graphics

Bagi yang menonton filem atau bermain game, pasti jadi lebih ‘ketagih’ sebab kualiti grafik visual yang terpapar di skrin begitu cantik. Mana tidaknya, resolusinya boleh mencapai sehingga 4K HDR.

4. Penyambungan dipertingkatkan

Jangan risau lagi soal penyambungan (connectivity) yang berkait dengan komputer riba anda. AMD Ryzen 4000 Series ini dibangunkan dengan teknologi Wi-Fi 6 dan penyambungan Bluetooth 5 yang terkini.

5. Ciri-ciri moden

Zaman semakin maju ke depan, maka kelengkapan IT juga harus seiringan sama. AMD Ryzen 4000 Series ini dilengkapi dengan ciri-ciri moden yang menarik seperti Windows Hello, Cortana dan Digital Pen.

Jangan tak tahu, keupayaan AMD Ryzen 4000 Series yang canggih ini dibangunkan bersama komputer riba teknologi terkini daripada beberapa jenama gergasi seperti ASUS, Honor, HP, Lenovo dan banyak lagi.

Perbandingan terkini

Jika dibandingkan AMD Ryzen 7 4800U dengan generasi terdahulunya, Ryzen 7 3700U, tindak balas pemprosesannya dua kali ganda lebih laju, malah turut mencapai hampir tujuh kali ganda berbanding komputer empat tahun terdahulu yang menggunakan AMD FX800P.

Sama juga daripada segi produktiviti, AMD Ryzen 7 4800U 65 peratus lebih laju berbanding Ryzen 7 3700U, malah turut dua kali ganda lebih laju berbanding AMD FX800P.

Bagi pelayaran internet pula, AMD Ryzen 7 4800U juga mempunyai kelajuan 43 peratus lebih laju berbanding AMD Ryzen 7 3700U, turut sama 3.2 kali ganda lebih laju berbanding AMD FX800P.

Selain itu, bagi penciptaan kandungan seperti suntingan, keupayaan AMD Ryzen 7 4800U ternyata 40 peratus lebih laju berbanding AMD Ryzen 7 3700U, malah 2.3 kali ganda lebih laju berbanding AMD FX800P.

Tidak kurang juga, bagi ‘gaming’ pula, AMD Ryzen 7 4800U 25 peratus lebih laju berbanding AMD Ryzen 7 3700U serta 2.4 kali ganda lebih laju daripada AMD FX800P. Hebatkan?

Kenali AMD Ryzen 4000 U-Series Mobile Processor + AMD Radeon Graphics

Gambar: AMD

Processor ini dibina bersama komputer riba jenis ultra nipis yang premium, sudah tentu ianya berkuasa tinggi.

Ia juga didatangkan dalam komputer riba jenis ‘convertible’ 2 dalam 1 serta komputer jenis ‘all in one PC’.

Terbaharu untuk 2020, AMD Ryzen 4000 U-Series ini direka dengan saiz 7 nanometer “Zen 2”.

Daripada segi keberkesanan dalam multi-tasking, pemprosesannya mencapai kelajuan yang agak tinggi sehingga 15W-25W TDP dan 8 cores dan 16 threads.

Selain itu, ia disertakan sekali dengan kad grafik AMD Radeon Graphics yang pastiya menjanjikan resolusi 4K HDR.

Ia juga mampu mengekalkan ketahanan jangka hayat bateri supaya bertahan lebih lama, malah lebih optimum berbanding siri-siri terdahulu.

Untuk itu, processor ini sangat disarankan bagi mereka yang menghasilkan produktiviti pada tahap ‘ultra-responsive’, serta bagi mereka yang begitu ‘enthusiast’ terhadap teknologi-teknologi IT terkini.

Kenali juga AMD Ryzen 4000 H-Series Mobile Processor + AMD Radeon Graphics

Gambar: AMD

Sementara itu, kaki ‘gaming’ juga kena tahu tentang AMD Ryzen 4000 H-Series ini, ia sebenarnya direka khas untuk anda.

Bagi kategori ini, ia dibangunkan bersama komputer riba jenis ultra-nipis berkuasa premium serta komputer jenis ‘all-in-one PC’.

Sama seperti U-Series, AMD Ryzen 4000 H-Series ini direka dengan saiz 7 nm “Zen 2”.

Kelajuan tindak balas pemprosesannya pula boleh mencapai sehingga 45W dan 8 cores dan 16 threads.

Turut sama seperti U-Series, ia juga disertakan dengan kad grafik AMD Radeon Graphics yang pastiya menjanjikan resolusi 4K HDR.

Bagi ‘gamers’, usah risau dengan keupayaannya kerana AMD Ryzen 4000 H-Series ini memang dicipta untuk eSports Gaming pada 1080p serta tetapan maksimum.

Bukan sahaja berkuasa ketika bermain game, malah ia juga sangat berfungsi untuk ‘live streaming’ serta rakaman pada tempoh yang sama.

Kebaikan untuk jangka hayat bateri juga sama seperti U-Series, jangan risau tentang bateri anda. Ia processor berkuasa tinggi yang sangat ‘jimat’ penggunaan baterinya.

Jadi bagi anda yang jenis kaki ‘gaming’ atau pencipta kandungan untuk kerja-kerja suntingan grafik yang mahukan kuasa pemprosesan tahap ‘ultimate’ dalam komputer riba, AMD Ryzen 4000 H-Series adalah pilihan terbaik.

Maka dengan itu, jika anda ingin merasai pengalaman terbaik dengan processor AMD terbaharu ini, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkannya dengan tawaran menarik di SINI.

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi AMD di pautan INI.

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'