Siakap Keli

(Video)“Kita Dapati Gelombang Ketiga Amat Mencabar,” – KP Kesihatan

Pandemik COVID-19 yang melanda negara kita dan juga dunia nampaknya telah memberikan pelbagai kesan antaranya terhadap ekonomi dan nasib seseorang itu sendiri. Pada hari ini, Malaysia telah mencatatkan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 melebihi 100,000 ekoran pertambahan kes baharu sebanyak 1,581 kes.

Walaupun begitu, usaha pihak-pihak berkaitan bagi memerangi pandemik ini tidaklah boleh dipandang rendah kerana ada di antara mereka yang korbankan masa bersama keluarga untuk memastikan masyarakat terjaga daripada virus ini.

Mendepani gelombang ketiga yang sedang melanda negara ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham mengakui bahawa ianya lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Jadi kita sentiasa bersiap sedia dan kita dapati gelombang ketiga amat mencabar, tetapi kesiapsiagaan kita lebih baik dibandingkan di gelombang kedua.

Tidak kenal erti lelah, para petugas barisan hadapan sentiasa bersedia bagi ‘membunuh’ Covid-19 agar tidak terus menular dalam komuniti. Antara usahanya ialah mengatur beberapa strategi bagi menghadapi gelombang yang ketiga ini.

Antara strategi yang dilakukan adalah melalui pembangunan Hospital Medan bagi mengatasi pandemik COVID-19 yang dilihat semakin menular. Bagi melihat sendiri strategi-strategi yang diatur, anda boleh menonton Dokumentari Strategi Gelombang Ketiga melalui Pembangunan Hospital Medan.

Sumber: Hi CINTV

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa