Siakap Keli
Gambar : Makassar_iinfo

(Video) ‘Budak Silver’ Ini Asingkan ‘Duit Kerja’ Untuk Beri ‘Si Oyen’ Makan Terima Pujian Ramai

Rezeki yang diberikan oleh Allah hadir dalam pelbagai bentuk. Terkadang, kita terima rezeki yang kita sendiri tidak menyangka. Mungkin kerana keberkatan sedekah kita yang sedikit.

Di Indonesia tular sebuah video seorang kanak-kanak lelaki bernama Bagas yang mengecat keseluruhan badannya berwarna silver dipercayai untuk pertunjukan di wilayah Pamulang, Tangsel setiap hari demi mendapatkan wang harian.

Video yang dimuatnaik oleh akaun instagaram @Makassar Info itu, terlihat kanak-kanak silver itu sedang mengira duit syiling di kaunter pembayaran sebuah kedai serbaneka dengan tidak berselipar untuk membayar makanan kucing yang dibeli hasil daripada gaji hariannya. Tingkahlakunya itu menarik perhatian beberapa orang yang berada di dalam kedai serbaneka tersebut.

Tersentuh melihat kesetiaan Bagas terhadap kucing, ruangan komen kiriman tersebut  dihujani dengan ribuan kata semangat dan doa agar dirinya diberikan kesihatan untuk terus membuat kebaikan.

Interaksi langsung sama tuhan dan malaikat

Panjang umur buat orang yang baik hati

Sumber : Makassar_iinfo 

Aziezzan