Siakap Keli

(Video) Ingatkan Hujan, Oyen Buat Hal Lagi Dirakam ‘Selamber’ Kencing Ketika Panjat Tiang

Siapa saja yang tidak tahu bahawa kucing berwarna oren atau dipanggil Oyen sememangnya mempunyai keletah yang tidak terjangka dan yang paling ‘gangster’ dalam kalangan kucing.

Manakan tidak, lihat saja ‘bukti-bukti’ yang ada di media sosial selama ini.

Di mana ada oyen, di situlah ada kejadian yang melucukan berlaku, sama dengan video yang tular di Twitter ini yang menyaksikan oyen sekali lagi buat hal.

Menerusi video itu, kelihatan seekor oyen yang sedang memanjat tiang dan ‘mencurahkan’ air kencingnya ke bawah.

Tidak dapat dipastikan di mana kejadian ini berlaku dan bagaimana kuicng tersebut boleh memanjat tiang setinggi itu.

Ramai yang terhibur dan tidak kurang juga yang kesian melihat kucing itu yang mungkin kencing kerana ketakutan.

Sumber: Matpida

Sofea

There's always another side to every story