Siakap Keli
Gambar via Asharq Al-Awsat

Lelaki Iraq Ini Selamba Bela 62 Ekor Singa Afrika Di Rumah Sejak 10 Tahun Lalu

Kebanyakkan orang akan memelihara haiwan yang bersifat manja dan mudah untuk diuruskan seperti kucing, burung, anjing dan lain-lain lagi. Namun tidak bagi Ghali al-Marajlah dari Iraq yang berani menghabiskan masanya selama 10 tahun dengan memelihara sebanyak 62 ekor singa di rumahnya yang terletak di Kota Basra.

Menurut laporan, Marajlah mendakwa bahawa haiwan seperti singa mampu menjadi haiwan peliharaan yang biasanya dibesarkan di rumah.

“Terdapat lapan singa dewasa yang berusia lebih dari 10 tahun di mana empat jantan dan empat betina,” katanya kepada Reuters.

Tambahan pula, haiwan tersebut bernilai antara $ 6,000 (RM24,382) hingga $ 10,000 (RM40,637) dan Marajlah dilaporkan telah menjual 62 ekor singa yang dipeliharanya sedekad yang lalu kepada zoo dan individu yang memiliki minat yang sama dengannya.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut memelihara haiwan berkenaan di rumahnya sehingga berusia tiga tahun. Kemudian, dirinya akan memindahkan haiwan tersebut ke taman khas di mana pengunjung dapat melihat haiwan liar itu dengan bayaran sebanyak $ 2 (RM8).

“Pada usia sebulan atau 45 hari setelah kelahirannya, kami mengambil singa dari ibunya dan membawanya ke rumah. Kami membesarkannya di sana sehingga terbiasa dengan orang dan anak-anak dan menjadi anggota keluarga bahkan berubah menjadi binatang peliharaan, “katanya.

Walau bagaimanapun, proses untuk membesar serta memelihara singa berkenaan memerlukan teknik di mana anda perlu kerap berkomunikasi dengannya. Hal ini demikian kerana sifat semula jadi haiwan tersebuat adalah sebagai pemangsa dan ia boleh menyerang manusia terutamanya ketika lapar.

Sumber: Asharq Al-Awsat

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia