Siakap Keli
Gambar via Daily Star

Wanita Ini Tak Tahu Dirinya Hamil, Hanya Sedar 30 Minit Sebelum Bersalin ‘Hadiah Krismas’

Seorang ibu muda dari Cleveland, Amerika Syarikat telah mengimbas kisahnya empat tahun lalu yang didakwa tidak ketahui dirinya sedang hamil dan sedar 30 minit sebelum melahirkan bayi yang dianggap sebagai hadiah Krismas.

Menurut laporan, Ally Opder, 26 tahun yang bersalin pada 21 Disember 2016 yang lalu mengatakan perutnya kelihatan kempis bahkan ujian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan keputusan negatif.

“Saya tidak pernah impikan bahawa saya hamil. Ya, haid saya tidak teratur malah berat badan saya tidak naik, tidak penat dan tiada pergerakan ganjil pada perut.

“Selama ini perut saya hanya kempis dan tak sangka saya hamil,” kata Ally.

Tambahan itu, Ally berkata dirinya berasa sakit di bahagian perut dan bertindak untuk pergi ke hospital berhampiran. Setelah melakukan pemeriksaan, doktor mengesahkan dirinya hamil sekitar 38 minggu dan didakwa selamat bersalinkan seorang bayi lelaki setengah jam selepas itu.

Walaupun dirinya masih terkejut mengenai hal tersebut, Ally beranggapan bahawa kehadiran bayi lelaki yang bernama Oliver itu merupakan suatu keajaiban dan hadiah istimewa Krismas buat dirinya.

Sumber: Daily Star

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia