Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Ramai Yang Alami Anxiety Atau..,” Ini Perbezaan Yang Anda Perlu Tahu Antara Kebimbangan Dan Kemurungan

Rasa sedih atau kegelisahan berpanjangan pastinya membuatkan seseorang menderita. Biarpun ia mungkin tidak terlihat secara fizikal, kedua-dua keadaan mental ini boleh menjejaskan kualiti hidup individu yang menghidapnya.

Ditambah dengan situasi COVID-19 yang memberi banyak kesan kepada ekonomi dan pelbagai sektor lain, semakin ramai yang terdedah kepada gangguan tersebut.

Baru-baru ini, Public Health Malaysia berkongsi perbezaan antara kemurungan dan kegelisahan. Biarpun mempunyai beberapa persamaan seperti masalah untuk tidur, kedua-dua gangguan ini mempunyai banyak perbezaan.

Situasi semasa menyebabkan ramai yang mengalami anxiety atau kebimbangan. Anda mungkin bimbang jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri sendiri atau individu disekitar anda.
Perasaan bimbang dan cemas mengundang serangan panik yang menyebabkan seseorang individu mula rasa sukar untuk bernafas dan sakit dada.

Pada waktu malam, jantung masih berdegup kencang menyebabkan seseorang individu sukar melelapkan mata.

Kebimbangan berterusan boleh menyebabkan kemurungan. Namun ada juga kemurungan tanpa kebimbangan. Di sini perbezaannya. Owh ya, sekiranya gejala ini berterusan, dapatkan pemeriksaan segera. Anda mungkin memerlukan bantuan dan nasihat doktor untuk membuat anda rasa tenang.

Sumber: Public Health Malaysia

Amira

Love yourself.