Siakap Keli
Gambar Via Umie Abie

“Jangan Rasa Kucing Kat Pasar Senang Cari Makan,” Foto Memilukan Dipercayai Rangka Kucing Buangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang memelihara kucing dan ia pastinya dijaga dengan rapi, diberi makan secukupnya dan ditatang bagai minyak yang penuh.

Namun, tidak semua orang mempunyai rasa simpati atau ihsan seperti itu.

Ada juga yang melihat haiwan comel itu sebagai ‘ancaman’ atau gangguan di sekitar rumah sehingga sanggup mencederakannya.

Tidak cuma itu, ada sesetengah pemilik kucing juga seperti sudah bosan dengan kucing mereka yang mungkin sedang sakit.

Kebiasaannya, kucing-kucing ini dibuang ke pasar-pasar atau kawasan sunyi yang mungkin tidak didiami oleh manusia.

Disebabkan itu, mereka tidak mempunyai sumber makanan yang cukup atau ada sesetengah kucing yang tidak pandai berikhtiar untuk mencari makan.

Menerusi perkongsian Umie Abie di Facebook, dia mengingatkan orang ramai agar tidak membuang kucing di pasar.

Gambar Via Umie Abie

Beberapa keping gambar yang dimuatnaik olehnya menyaksikan bangkai kucing yang terdapat di pasar.

Jangan rasa kucing kat pasar tu senang cari makan

Gambar Via Umie Abie

Mereka jadi mangsa manusia yang tidak berperikemanusiaan

Tidak semua kucing boleh akan mudah terbiasa untuk mencari makan sendiri.

Gambar Via Umie Abie

Dalam beberapa kiriman Umie Abie yang lain, dia dilihat sering menyelamatkan kucing-kucing yang dibuang dan menjaga haiwan comel itu dengan penuh kasih sayang.

Sumber: Umie Abie

Sofea

There's always another side to every story