Siakap Keli

(Video) “30 Hingga 60 Saat Adalah Tempoh…”, Ini “Step By Step” Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kereta Terjunam Dalam Air

Tiada sesiapa mahu terperangkap dalam situasi cemas yang boleh meragut nyawa. Tragedi kereta terjunam di dalam sungai Batang Lupar semalam sehingga menyebabkan sembilan kematian pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada kita semua.

Namun, mungkin tidak ramai yang sedar apa yang perlu kita lakukan jika terperangkap dalam situasi tersebut.

Menurut ABC News, mangsa hanya mempunyai masa 30 saat untuk keluar dengan selamat sebelum air memenuhi kereta. Malah, kita juga dilarang untuk membuat panggilan kecemasan terlebih dahulu, sebaliknya berusaha untuk keluar dari kenderaan.

“Sangat kritikal untuk keluar secepat mungkin bila saja anda sedar kereta di dalam air,” kata Geoff Fahringer, Sheriff’s Dept, Naples, FL.

“30 hingga 60 saat ialah tempoh anda perlu keluar dari kenderaan,” kata Dr Gordon Giesbrecht dari University of Manitoba.

Dalam ujikaji tindakan ketika kereta jatuh ke dalam air, sepasukan penyelam yang menaiki kenderaan telah melakukan prosedur seperti berikut semasa kereta mereka tenggelam iaitu,

  1. Buka tali pinggang keselamatan
  2. Turunkan tingkap
  3. Keluar daripada kenderaan

Melalui ujian ke atas kenderaan dengan empat penumpang, kesemua mereka mengambil masa kira-kira 20 saat untuk menyelamatkan diri selepas ‘berlawan’ dengan arus air yang masuk melalui tingkap.

Selamatkan anak paling tua

Bagi kenderaan yang mempunyai penumpang kanak-kanak pula, selamatkan anak yang paling tua terlebih dahulu dan anak paling muda yang terakhir. Prosedur ini untuk meningkatkan peluang selamat bagi kesemua mereka.

Jangan buat perkara ini dalam kenderaan yang sedang tenggelam

1. Jangan sentuh telefon

Kesilapan utama yang ramai lakukan ialah membuat panggilan kecemasan kerana ia bukan masa yang sesuai.

Berdasarkan laporan itu, ramai mangsa yang cuba membuat panggilan kecemasan ketika kereta sedang tenggelam. Namun, ia bukan tindakan yang tepat.

“Jadi perkara pertama, jangan sentuh telefon. Jangan telefon 911 (talian kecemasan) dari dalam kenderaan yang sedang tenggelam,” kata Dr Gordon.

2. Jangan buka pintu kereta.

Hal ini kerana arus air akan menolaknya tertutup kembali serta boleh menyebabkan kereta lebih cepat tenggelam, membuatkan anda mungkin tidak sempat keluar daripada kenderaan itu dengan segera.

Kredit: Google

3. Jangan tunggu kereta tenggelam ke dasar

Tambah Gordon, saranan untuk membiarkan kereta tenggelam ke dasar (agar tekanan air di dalam dan luar kenderaan adalah sama) sebelum membuka pintu adalah satu salah faham semata-mata.

“Ia terlalu lambat,” katanya.

Bagaimana pula dengan kenderaan yang menggunakan power window?

Anda boleh mendapatkan alat pemecah tingkap (boleh dibeli di Shopee) untuk memudahkan diri. Mungkin anda juga perlu menyimpan alat pemotong tali pinggang di dalam kenderaan jika berlaku kecemasan.

Moga kita semua terpelihara daripada sebarang marabahaya. Tonton video di bawah dengan sarikata bahasa Melayu yang disediakan oleh Public Health Malaysia.

Video penuh di sini:

Sumber: ABC News, Public Health Malaysia

Amira

Love yourself.