Siakap Keli
arus banjir johor
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis

(Video) Detik-Detik Cemas Motosikal Tergelincir Dalam Arus Ketika Cuba Redah Banjir, Perakam Pula Dipuji Cepat Bertindak

Banjir di Johor semakin memburuk dengan lebih 5,818 mangsa telah dipindahkan di beberapa daerah termasuk Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat.

Terbaru, dalam video dikongsikan Orang Kota-Tinggi, seorang penunggang motosikal dipercayai di Kota Tinggi, Johor telah tergelincir dalam arus banjir apabila motosikal ditunggangnya terbalik ke bahu jalan.

Keadaan itu dikatakan berpunca daripada arus deras yang memenuhi sebatang jalan dari Mawai menghala ke Tugu Udang.

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat.

Rakaman pada saat ke 26 menjadi gelap dan kelam kabut dipercayai kerana perakam sedang membantu menyelamatkan mangsa.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan perakam yang dipercayai bertindak terus membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Terbaik, terus bertindak

Bagus,  bukan setakat rakam

Ni baru hero, bukan kaki viral

Jangan kecam penunggang

Sumber: Orang Kota-Tinggi

Amira

Love yourself.