Siakap Keli
Gambar: Bernama TV

Warga Emas Dilapor Maut Selepas Terbabas Akibat Melanggar Jalan Berlubang Pagi Tadi

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh, apabila motosikal ditunggangnya dipercayai telah melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, mangsa dikenali sebagai Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Polis menerima laporan pada pukul 7.30 pagi tadi. Siasatan awal mendapati mangsa dari arah Jalan Connaught menghala ke pusat beli-belah Midvalley, terbabas sendiri dan dipercayai telah melanggar jalan berlubang di lokasi lalu terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa