Siakap Keli
Gambar via @muhamadfaris22 (twitter)

Viral Lelaki Ini Selamba ‘Duduk & Bekerja Di Luar Rumah’, Hadap Musim Banjir Bikin Netizen Terhibur

Kita baru sahaja masuk tahun 2021 setelah berdepan dengan pelbagai cabaran seperti COVID-19 yang semakin hari semakin mengganas. Kini, masyarakat khususnya di beberapa buah negeri pula terpaksa berdepan dengan cuaca yang tidak menentu yang menyebabkan keadaan banjir yang teruk.

Bukan sahaja rumah malah mangsa terpaksa menanggung kerugian yang besar akibat kerosakan barangan seperti perabot, perkakas rumah, barangan elektronik dan lain-lain lagi. Hal ini, terbit rasa kasihan dan simpati terhadap mangsa banjir.

Namun begitu lain pula bagi seorang lelaki yang dilihat begitu “relax” walaupun dirinya merupakan mangsa banjir. Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, @muhamadfaris22 telah berkongsi beberapa gambar dan juga video situasi dirinya setelah rumahnya ditenggelami air.

Perkongsiannya menjadi tumpuan warganet kerana dilihat selamba duduk dan bekerja di luar rumah dengan menggunakan beberapa alatan seperti laptop,kipas, lampu dan penais air elektrik yang telah rosak akibat dipenuhi lumpur.

Hal ini, rata-rata netizen merasakan ia merupakan suatu perkara yang menghiburkan dan pada masa yang sama berasa simpati dengan keadaan lelaki tersebut.

Bagaimanpun, lelaki berkenaan berkata: “Saya sudah lama menunggu permohonan rumah tetapi tiada tindakan daripada pihak atasan. Penduduk kampung di sini ada dapat rumah pampasan tetapi saya salah seorang yang masih tidak dapat rumah pampasan tersebut.

“Sedangkan rumah pampasan tersebut masih banyak tidak berpenghuni. Malah, kawasan tersebut juga banyak berlaku pecah masuk dan kecurian barang seperti singki dan sebagainya. Diharap pihak atasan dapat mengambil tindakan mengenai rumah pampasan tersebut,” katanya.

Sumber: muhamadfaris22 (twitter)

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia