Siakap Keli
Gambar: Getty Images via bbc.com

Hartawan Terkenal, Jack Ma Dilapor Hilang Dan Sudah Lebih 2 Bulan Tidak Muncul Di Khalayak Ramai

Kehilangan hartawan yang juga pengasas syarikat teknologi Alibaba dan Ant Group paling berjaya di China, Jack Ma, menjadi tanda tanya ramai apabila beliau tidak kelihatan di khalayak ramai sejak beberapa bulan lalu.

Menurut laporan, Jack Ma kali terakhir dilihat secara umum atau di media sosial pada akhir Oktober, lebih kurang seminggu sebelum penyenaraian pasaran saham Alibaba (BABA), Ant Group, disekat pada minit terakhir oleh pengawal selia China.

Beliau juga sepatutnya menjadi juri untuk episod akhir program realiti televisyen miliknya, Africa’s Business Heroes yang berlangsung pada November tetapi digantikan dengan seorang eksekutif Alibaba.

Sedangkan sebelum itu, pada 12 Oktober, tahun lalu Jack Ma sendiri mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk bertemu dengan finalis sewaktu acara final yang dijalankan secara online pada 14 November.

Jurucakap Alibaba mengatakan bahawa Jack Ma ”gagal hadir ke program itu sebagai juri kerana berlaku pertindihan jadual” dan menolak untuk memberikan komen lanjut, menurut CNN Business.

Sebelum disedari hilang, Jack Ma telah mengeluarkan kenyataan kontroversi di mana mengkritik sistem kewangan China dengan mendesak supaya kerajaan republik itu melakukan perubahan serta pembaharuan terhadap sistem kewangannya.

Hartwan berusia 56 tahun itu merupakan salah seorang individu paling kaya di China dengan kekayaan bersihnya, menurut Forbes, adalah AS$58.4 bilion.

Sumber: Edition CNN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.