Siakap Keli
Gambar Via Arirang/ The Korea Herald

Beijing & Seoul Catat Suhu Terendah, Dilanda Gelombang Sejuk Dan Salji Lebat

Beijing dilaporkan mencatat suhu -19.6 darjah Celcius pada hari ini ketika gelombang sejuk yang kuat melanda bandar itu, menjadikan pagi yang paling sejuk di ibu negara China sejak 1966.

Menurut The Indian Express, pada awal pagi Khamis, separuh daripada 20 stesen meteorologi peringkat kebangsaan Beijing mencatatkan suhu terendah mereka pada awal Januari.

Gelombang sejuk itu juga dilapor melanda Beijing sejak hari Rabu, membawa penurunan suhu yang drastik dan angin kencang.

Sehingga hari Khamis, pihak jabatan meteorologi di bandar itu telah memberi amaran biru untuk suhu rendah dan angin kencang yang berterusan, tahap terendah dalam sistem amaran berkod warna empat peringkat China.

Gambar Via Arirang

Gelombang sejuk diramalkan akan berlanjutan di Beijing hingga Jumaat dengan suhu maksimum harian tetap di bawah sifar.

Sementara itu, amaran gelombong sejuk juga dikeluarkan di Seoul, Korea Selatan pada Rabu dengan suhu -45 darjah Celcius.

Seoul berada di bawah amaran gelombang sejuk untuk pertama kalinya dalam tempoh tiga tahun, lapor portal berita Korea Selatan, Arirang.

Ia ditambah dengan salji yang lebat termasuk di Jeju dan wilayah Jeolla-do dengan salji sehingga 45 sentimeter.

Cuaca sejuk yang melampau juga dijangka akan berterusan sepanjang hujung minggu sementara salji lebat berterusan wilayah Jeju dan Jeolla-do sehingga awal minggu depan.

Sumber: The Indian Express, Arirang

Sofea

There's always another side to every story